HomeGlobalPelajar New School di AS bantah genosid di Gaza diancam gantung belajar

Pelajar New School di AS bantah genosid di Gaza diancam gantung belajar

 

PARA pelajar di sebuah universiti di Amerika Syarikat (AS) yang mengadakan bantahan secara duduk terhadap pembunuhan beramai-ramai yang berterusan terhadap penduduk Palestin diancam dengan penggantungan, lapor akhbar pelajar dan aktivis universiti tersebut pada Selasa.

Penunjuk perasaan berkumpul di kawasan yang mereka panggil Perkhemahan Solidariti Gaza di lobi Pusat Universiti New School, sebuah universiti swasta di kota New York sejak Ahad, lapor Anadolu.

Pentadbiran New School telah berbincang dengan penunjuk perasaan namun tidak mencapai sebarang keputusan, kata kumpulan Students for Justice in Palestine di universiti itu melalui hantaran di sosial media pada Isnin.

Mereka merayu ahli komuniti untuk turut serta di Pusat Universiti bagi mengelakkan penahanan dan penggantungan daripada diteruskan.

Akhbar itu melaporkan bahawa Pejabat Tingkah Laku Pelajar dan Standard Komuniti New School mengeluarkan kenyataan yang memberi amaran kepada pelajar berdemonstrasi bahawa mereka menghadapi pelbagai tindakan disiplin termasuk pemecatan, penggantungan sementara dan amaran.

Anggota dari Jabatan Polis New York (NYPD) dirakamkan berada di luar pintu masuk bangunan.

Tidak dapat dipastikan bila gambar itu diambil, tetapi video yang disiarkan ke media sosial pada Selasa menunjukkan barisan piket pelajar di jalan di luar Pusat Universiti.

Bantahan terhadap perang Israel di Gaza makin bertambah di kampus kolej selepas Universiti Columbia, juga di New York City pada minggu lalu, meminta NYPD menangkap penunjuk perasaan yang duduk di halaman kolej. Lebih 100 orang telah ditangkap pada Khamis.

Tindakan itu telah menyemarakkan penunjuk perasaan antiperang kerana protes telah merebak ke kampus lain termasuk New School, Yale dan Universiti New York.

Author

Pilihan Editor