HomeBeritaPusat media dibuka sempena PRK Kuala Kubu Baharu

Pusat media dibuka sempena PRK Kuala Kubu Baharu

KEMENTERIAN Komunikasi dengan kerjasama Jabatan Penerangan (Japen) akan membuka pusat media, sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.

Kementerian Komunikasi menerusi kenyataan memaklumkan, pusat media yang terletak di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pekan KKB, Aras 1, Bangunan UMNO Hulu Selangor, Jalan Pahang, dekat Hulu Selangor, Selangor itu akan beroperasi mulai Sabtu hingga 11 Mei, dari jam 9 pagi hingga 9 malam.

“Wakil-wakil media dijemput untuk menggunakan kemudahan yang disediakan, serta mendapatkan maklumat di pusat media tersebut,” menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Muhamad Hikal Aripin di talian 012-3420989 dan Muhammad Faiz Amzar Mohd Arif di talian 012-3677134.

PRK Kuala Kubu Bharu diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan PRK Kuala Kubu Bharu pada 11 Mei ini, manakala 27 April pula sebagai hari penamaan calon.

Hari pengundian awal pula ditetapkan 7 Mei ini dengan tempoh berkempen selama 14 hari.

 

 

 

Author

Pilihan Editor