HomeSukanTiket kejohanan badminton Master Malaysia mula dijual hari ini

Tiket kejohanan badminton Master Malaysia mula dijual hari ini

CYBERJAYA: Peminat badminton negara akan disajikan dengan penganjuran satu lagi kejohanan bertaraf dunia iaitu Masters Malaysia bermula dari 21 hingga 26 Mei.

Kejohanan berprestij itu akan disertai atlet peringkat terbaik dunia bersama pemain Malaysia di Arena Axiata, Bukit Jalil.

Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dalam satu kenyataan di Facebook, berkata,  kejohanan itu juga memberi peluang buat peminat untuk menyaksikan pemain terbaik negara beraksi secara langsung di depan mata.

“Untuk memastikan mereka tidak terlepas keseronokan, peminat digalakkan merebut peluang kempen tiket ‘early bird’ yang bermula jam 11 pagi dari 8 hingga 22 April,” kata BAM dalam satu hantaran. 

Sementara itu, BAM turut memperkenalkan kategori ‘Platinum’ bagi tiket harian dan bermusim bagi menggantikan kategori ‘Superfan’ sebelum ini.

“Perubahan ini bertujuan untuk meningkatkan kebolehcapaian kepada peminat dengan kategori ‘Platinum’ kini tersedia untuk pembelian awal.”

Susulan itu para peminat badminton diminta untuk melayari www.ticket2u.com.my untuk pembelian tiket dan mendapatkan sebarang maklumat lanjut mengenai perlawanan tersebut.

Author

Pilihan Editor