HomeBeritaHampir 30 kereta mainan musnah terbakar

Hampir 30 kereta mainan musnah terbakar

HAMPIR 30 unit kereta mini mainan kanak-kanak musnah dalam kebakaran berhampiran Menara Alor Setar dekat Alor Setar, Kedah pada awal pagi Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar, Timbalan Penguasa Bomba II Ahmad Naufal Abdullah berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada jam 3.50 pagi.

Menurutnya, PGO Kedah telah mengarahkan jentera Fire Rescue Tender (FRT), van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dan dua unit bermotor bomba dari BBP Alor Setar ke lokasi kejadian dan mereka tiba pada jam 3.54 pagi.

“Pegawai operasi melaporkan sebaik tiba di lokasi mendapati, kebakaran melibatkan hampir 30 unit kereta mainan.

‚ÄúTindakan yang diambil adalah memadam kebakaran dengan menggunakan dua aliran dua pancutan sehingga tiada lagi punca api di lokasi kebakaran,” katanya dalam kenyataan.

Ahmad Naufal berkata, tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian tersebut manakala operasi sepenuhnya tamat pada jam 4.45 pagi.

Menurutnya, punca kebakaran masih lagi dalam siasatan.

Author

Pilihan Editor