HomeMV+BongkarPemilik mahu robohkan menara telco, capaian internet bakal terjejas?

Pemilik mahu robohkan menara telco, capaian internet bakal terjejas?

KUALA LUMPUR: Penat melihat ratusan juta ringgit dikaut sewenang-wenangnya oleh pihak lain, Majutera Sdn Bhd berhasrat mahu merobohkan sembilan menara telekomunikasi (telco) miliknya.

Berita berkaitan: Taikun telco kaut untung ratusan juta ‘curi’ sembilan menara milik Melayu

Sembilan menara milik syarikat Melayu, Majutera Sdn Bhd itu asalnya siap dibina dengan modal Majutera dan lesen transmisi oleh Konsortium Jaringan Selangor (KJS) pada tahun 2000.

Pada tahun sama sepasang suami isteri Melayu yang merupakan pengasas bersama KJS dipercayai secara curang menjual menara-menara itu kepada konglomerat bukan Melayu tanpa pengetahuan Majutera Sdn Bhd.

Pemilik Majutera Sdn Bhd, Datuk Ir Hasan Saat berkata, 13 tahun taikun telco berkenaan mengambil haknya tanpa membuat sebarang bayaran sewaan terhadap penggunaan sembilan menara terbabit.

Berita berkaitan: Taikun telco kaut untung ratusan juta ‘curi’ sembilan menara milik Melayu

“Setiap menara menempatkan lima ke enam penyedia telco seperti Maxis, Digi, Celcom, Yess dan lain-lain.

“Anggaran bayaran sewa bagi semua menara itu adalah RM200,000 sebulan namun ia tidak dijelaskan dengan jumlah tunggakan RM14.4 juta sejak tahun 2013.

“Majutera Sdn Bhd berhasrat mahu merobohkan semua menara berkenaan kerana kami menanggung segala kos pembinaan dan sewaan tanah sejak tahun 2000 lagi.

“Cukuplah 13 tahun kami lihat bagaimana konglomerat terkenal berkenaan kaut untung ratusan juta dengan ‘mencuri’ menara kami sedangkan kami berputih mata,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Taikun telco kaut untung ratusan juta ‘curi’ sembilan menara milik Melayu

Majutera Sdn Bhd merancang untuk bertemu Menteri Komunikasi Digital, Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil pada waktu terdekat bagi membincangkan isu itu

Konglomerat berkenaan telah membayar sewa RM70,000 dengan nilai tiga telco berada di setiap bagi setiap menara Majutera Sdn Bhd.

Mereka dikatakan menipu selama 13 tahun sehingga tahun 2013 sedangkan sebanyak enam telco bertapak di menara milik Majutera berkenaan.

Namun mereka telah menghentikan bayaran sepenuhnya setelah tuntutan pemilikan hak ke atas sembilan menara itu dibuat Majutera pada 2013.

Berita berkaitan: Taikun telco kaut untung ratusan juta ‘curi’ sembilan menara milik Melayu

MEDIA VARIASI secara eksklusif mendedahkan bagaimana konglomerat terbesar Malaysia itu sanggup mengaut keuntungan ratusan juta ringgit dengan ‘mencuri’ sembilan menara telekomunikasi milik Melayu.

Konglomerat berkenaan adalah salah sebuah syarikat terbesar di Bursa Malaysia yang diwujudkan sejak tahun 1955 dan terbabit dalam penyediaan utiliti, pembinaan, rel berkelajuan tinggi, hartanah, hotel dan penginapan.

Sembilan menara telco itu kini berada di Assam Jawa, Batu Tiga Semenyih, Bukit Beruntung, Bukit Rasa, Kuala Sg Baru, Sungai Buaya, Tanjung Karang, Sasapan Kelubi dan Serendah.

Berita berkaitan: Taikun telco kaut untung ratusan juta ‘curi’ sembilan menara milik Melayu

Author

Pilihan Editor