HomeMV+BongkarTaikun telco kaut untung ratusan juta 'curi' sembilan menara milik Melayu

Taikun telco kaut untung ratusan juta ‘curi’ sembilan menara milik Melayu

KUALA LUMPUR: Satu konglomerat infrastruktur terkenal dipercayai mengaut keuntungan ratusan juta ringgit dengan ‘mencuri’ sembilan menara telekomunikasi milik Melayu.

Berita berkaitan: Taikun tipu jumlah telco di menara, elak bayar lebih kepada pemilik

Konglomerat berkenaan adalah salah sebuah syarikat terbesar di Bursa Malaysia yang diwujudkan sejak tahun 1955 dan terbabit dalam penyediaan utiliti, pembinaan, rel berkelajuan tinggi, hartanah, hotel dan penginapan.

Sembilan menara berkenaan telah digunakan secara salah tanpa sebarang bayaran kepada pemilik asal iaitu Majutera Sdn Bhd sejak tahun 2013.

Setiap menara masing-masing bernilai RM1. 4 juta dibina di lokasi strategik dan mampu menyediakan perkhidmatan kepada lebih daripada satu penyedia telekomunikasi.

Berita berkaitan: Taikun tipu jumlah telco di menara, elak bayar lebih kepada pemilik

Perkara itu didedahkan Datuk Ir Hasan Saat selaku pemilik Majutera Sdn Bhd melalui penasihat PPIM, Datin Che Roslina yang kecewa apabila taikun telco berkenaan culas membuat sebarang bayaran sejak sedekad lalu.

“Projek membina menara-menara berkenaan telah siap pada tahun 2000 dengan menandatangani satu perjanjiian sewaan bulanan kepada Konsortium Jaringan Selangor (KJS) milik konglomerat berkenaan.

“Kerjasama dibentuk kerana KJS tiada modal tetapi ada lesen transmisi manakala Majutera pula ada modal tetapi tiada lesen ketika itu.

Berita berkaitan: Taikun tipu jumlah telco di menara, elak bayar lebih kepada pemilik

“Apabila menara sudah siap dengan susah payah kami memastikan modal cukup untuk menampung kos ketika itu jutaan ringgit, tanpa pengetahuan kami KJS menerusi antara dua pemiliknya iaitu sepasang suami isteri Melayu telah menjual syarikat berkenaan termasuk sembilan menara milik Majutera Sdn Bhd kepada taikun telco bukan Melayu itu.

“Setelah perkara ini terdedah, konglomerat itu bersetuju dan telah membayar sewa RM70,000 setiap bulan dan telah menyembunyikan beberapa telco yg menyewa tanpa pengetahuan pemilik Majutera sejak tahun 2000 dan dihentikan bayaran sewa sejak saman dikeluarkan kepada konglomerat tersebut. Jumlah sewaan setiap bulan telah meningkat kepada anggaran RM200,000

“Bayaran dihentikan setelah saman dibuat oleh Majutera bagi menuntut semula sewaan tambahan yang disembunyikan oleh konglomerat berkenaan ke atas sembilan menaranya, dan tunggakan bayaran sehingga Mac 2023 adalah RM14.4 juta, ” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Taikun tipu jumlah telco di menara, elak bayar lebih kepada pemilik

Hassan ditemui selepas membuat aduan di Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) turut mengemukakan dokumen yang membuktikan pemilikan sah terhadap sembilan menara berkenaan.

Sembilan menara telco itu kini berada di Assam Jawa, Batu Tiga Semenyih, Bukit Beruntung, Bukit Rasa, Kuala Sg Baru, Sungai Buaya, Tanjung Karang, Sasapan Kelubi dan Serendah.

Dalam pada itu, Che Roslina memberitahu kes saman atas tuntutan semula semua menara milik Majutera seringkali ditangguhkan dengan pelbagai alasan sejak tahun 2013.

“Saya berharap keadilan dapat ditegakkan, kasihanilah nasib usahawan Melayu bagaimana hendak berkembang jika berlaku pengkhianatan?

“Dalam tempoh lama menanti keadilan banyak wang dikeluarkan, sebanyak enam rumah terpaksa dijual bagi menampung kos, ” katanya.

Berita berkaitan: Taikun tipu jumlah telco di menara, elak bayar lebih kepada pemilik

Author

Pilihan Editor