HomeBeritaPolitikAzmin Ali umum berehat dari arena politik

Azmin Ali umum berehat dari arena politik

CYBERJAYA: Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengumumkan berehat sebentar daripada arena politik.

Menerusi ciapan di Twitter rasminya pada Ahad, beliau turut memaklumkan mahu membuat perancangan baharu.

Bagaimanapun, beliau menegaskan akan terus sedia berkhidmat kepada rakyat dan negara.

https://twitter.com/AzminAli/status/1624230218281144320

Terdahulu, PN tidak menolak kemungkinan mencalonkan Mohamed Azmin sebagai Menteri Besar Selangor jika menang Pilihan Raya Negeri (PRN) yang perlu diadakan sebelum Jun tahun ini.

Author

Pilihan Editor