[VIDEO] MCTC failkan permohonan kebenaran semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi

0
97

Majlis Kawalan Tembakau Malaysia (MCTC) telah memfailkan permohonan kebenaran untuk semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur minggu lepas, bersama dua NGO lain yang prihatin iaitu Persatuan Paru-paru Hijau Malaysia (MGLA), dan Suara Kanak-Kanak (VoC).

Pemfailan ini dibuat untuk meminta semakan kehakiman terhadap keputusan mengeluarkan nikotin daripada Senarai Racun, yang telah dilakukan pada 31° Mac 2023. Ini adalah sesuatu yang telah menyebabkan kemudaratan kepada kesihatan rakyat Malaysia sejak beberapa bulan lalu, khususnya memberi impak kepada kanak-kanak dan golongan muda.

Semakan itu menamakan Menteri Kesihatan sebagai responden pertama kerana ini adalah di bawah tanggungjawab undang-undang Menteri Kesihatan.

Author