[VIDEO] Majlis Perbandaran Klang dinaik taraf sebagai bandar raya

0
56

Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk meluluskan cadangan naik taraf Majlis Perbandaran Klang kepada status bandar raya.

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming berkata, keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Jemaah Menteri sekali gus menjadikan MPK sebagai pihak berkuasa tempatan keempat berstatus bandar raya di Selangor selepas Majlis Bandaraya Subang Jaya, Majlis Bandaraya Shah Alam dan Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Author