Rakaman suara 30 minit dalam komponen ‘memory puck’ kotak perakam suara kokpit (CVR) pesawat jenis Beechcraft Premier 1 yang terhempas di Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lalu, berjaya diekstrak. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata, hasil daripada ekstrak itu, Biro Keselamatan Kemalangan Udara (BSKU) berhasil mendapatkan rakaman suara yang jelas serta berada dalam keadaan baik.