HomeGaya HidupJom MakanTips simpan tepung tahan lama tak rosak, berulat!

Tips simpan tepung tahan lama tak rosak, berulat!

MUNGKIN ada sebilangan daripada anda gemar membeli barangan asas seperti gula, beras, susu dan tepung dalam kuantiti yang banyak untuk simpanan stok.

Namun, pasti adakalanya rasa bimbang jika barangan itu rosak tanpa kita sedar.

Justeru itu, anda seharusnya ketahui tips menyimpan stok makanan yang betul supaya tak rugi di kemudian hari!

Jom ikuti perkongsian seorang wanita, Mastura Fuad mengenai cara simpanan tepung untuk tempoh lama.

Cara simpan tepung tahan lama:

Foto:FB Mastura Fuad
  • Simpan tepung yang dibeli dalam peti sejuk selama dua minggu – nak simpan seminggu pun boleh tapi saya prefer lebih lama
  • Tujuan – untuk matikan segala kutu atau telur-telur ulat tepung yang ada dalam itu, jangan risau tepung itu takkan beku
  • Kemudian, keluarkan tepung dan letak dalam suhu bilik hingga hilang sejuk dan wap
  • Lap kering-kering peket bungkusan tepung tadi dan simpan dalam zipper bag. Guna 2 zipper bag untuk setiap peket tepung
  • Untuk second zipper bag, masukkan berlawan arah bahagian lock/kepala zipper bag itu. Jadi double layer secure dari segala kutu yang mungkin masuk jika plastik tu bocor
  • Lastly, simpan dalam balang plastik kuih raya atau tong putih food standard yang macam tong cat tu untuk bigger capasity
  • Inshaa Allah tepung tahan lama tak berulat

Moga bermanfaat!

Author

Pilihan Editor