HomeBeritaKes Emilia dibawa ke Istana Negara

Kes Emilia dibawa ke Istana Negara

KUALA LUMPUR: Adik kepada Emilia Hanafi, Ezhan Shahril Hanafi mendakwa sudah membawa rayuan kes kakaknya itu ke Istana Negara tiga bulan lalu.

Berita berkaitan: Detik pilu Emilia terpisah daripada anak-anak, dipenjarakan Syariah kerana ubah tarikh

Namun, pihak Istana Negara belum memberi maklum balas terhadap isu bekas isteri SM Faisal SM Nasimuddin Kamal berkenaan.

“Saya sendiri sudah hantar surat (kepada Agong) ke Istana Negara, tiga bulan lalu, namun belum mendapat sebarang maklum balas,” katanya.

Buat masa sekarang, Ezhan Shahril hanya mahu kakaknya dalam keadaan baik-baik (dalam penjara).

Berita berkaitan: Detik pilu Emilia terpisah daripada anak-anak, dipenjarakan Syariah kerana ubah tarikh

“Walau apa pun berlaku, saya akan lakukan apa sahaja untuk mendapatkan keadilan untuk kakak saya.

“Tiada lagi istilah berkaitan dengan keluarga semata-mata tetapi ia merupakan yang pertama dalam negara kerana membabitkan tiga mahkamah berasingan berkait satu kes.

“Kes kakak saya ini adalah kes pertama di Malaysia, mahkamah jenayah, syariah dan sivil saling berkait, tiga mahkamah untuk satu kes (tukar tarikh lawatan anak).

Berita berkaitan: Detik pilu Emilia terpisah daripada anak-anak, dipenjarakan Syariah kerana ubah tarikh

“Ini bukan lagi kes keluarga, ini adalah kes untuk negara. Malah, bekas suami dia (SM Faisal) ada kes sivil, didapati menipu dan semua fakta, notis penghakiman dah keluar tetapi tidak ada apa-apa jadi selepas itu,” katanya ketika ditemui pemberita di pekarangan Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur.

Terdahulu, Emilia hari ini menyerah diri di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi menjalani hukuman penjara hanya kerana menukar tarikh lawatan bekas suami dan anak mereka.

Berita berkaitan: Detik pilu Emilia terpisah daripada anak-anak, dipenjarakan Syariah kerana ubah tarikh

Hakim Syarie Mahkamah Tinggi Syariah, Mohamed Fouzi Mokhtar, hari ini, mengendalikan kes Emilia yang diwakili peguam syarie, Nazri Yahya.

“Selepas selesai menjalani hukuman penjara ini, anak guam saya akan hadir untuk prosiding di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang ditetapkan pada 6 Julai,” kata Nazri.

Peguam Siti Kassim, Pegawai Khas Komunikasi Kepada Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Gulab Jan Fazal Eladi dan Sisters in Islam serta keluarga ibu tunggal dengan tiga anak itu turut hadir menyokong, pada jam 9.45 pagi.

Berita berkaitan: Detik pilu Emilia terpisah daripada anak-anak, dipenjarakan Syariah kerana ubah tarikh

Sebelum ini, permohonan semakan kehakiman yang difailkan Emilia bagi mencabar bidang kuasa Mahkamah Syariah Kuala Lumpur yang menjatuhi hukuman penjara tujuh hari terhadapnyaDetik pilu Emilia terpisah daripada anak-anak, dipenjarakan Syariah kerana ubah tarikh telah ditolak.

Pada 4 September 2019, Mahkamah Tinggi Syariah menjatuhkan hukuman itu terhadap Emilia kerana mengubah tarikh lawatan tiga anaknya untuk bersama bapa mereka, namun beliau dibebaskan dengan jaminan RM5,000 sementara menunggu rayuan.

Berita berkaitan: Detik pilu Emilia terpisah daripada anak-anak, dipenjarakan Syariah kerana ubah tarikh

Author

Pilihan Editor