HomeMV+PendapatPAS dikecam hipokrit, dahulu 'haram' panggung kini tonton sama

PAS dikecam hipokrit, dahulu ‘haram’ panggung kini tonton sama

LEBIH 30 tahun PAS ‘mengharamkan’ panggung wayang di Kelantan.

Empat panggung wayang atau pawagam terkenal di Kota Bharu, Kelantan suatu ketika dahulu iaitu Lido, Odean, Rani dan Rex sebelum semuanya menghentikan operasi sebelum dan sekitar tahun 1990-an.

Menolak saranan BN pada tahun 2016 agar dibuka sebuah panggung, PAS berkata syarat ketat boleh dikenakan kepada pengusaha panggung wayang namun masih ada ruang terbuka yang boleh mengundang kepada MAKSIAT.

Pada Mac 2019, Ahmad Yaakob – Menteri Besar Kelantan merangkap Timbalan Mursyidul Am PAS – berkata tiada keperluan untuk Kelantan mempunyai panggung wayang bagi menyekat unsur maksiat di negeri Serambi Mekah itu.

Anehnya, walaupun usaha PAS menyekat maksiat di Kelantan, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) tetap menunjukkan peningkatan kes jenayah seks kekasih bawah umur sehingga 46 peratus sepanjang tahun 2020 di Kelantan.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat dipetik berkata, rekod jenayah rogol itu adalah termasuk oleh ‘golongan agamawan’ mencatatkan 108 kes iaitu meningkat sebanyak 34 kes daripada jumlah 74 kes pada tahun 2019.

Baru-baru ini parti Amanah menyindir PAS kerana mengajak orang ramai ke panggung wayang bagi menyokong filem patriotik terbaru Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan sutradara terkenal Syamsul Yusof.

Parti itu bersifat ‘hipokrit’ kerana mereka dulu yang menentang pembukaan pawagam di Kelantan, tetapi pada 18 Mei lalu, PAS melalui Facebooknya mempromosikan pula filem berkaitan penentangan tokoh pejuang kemerdekaan Mat Kilau dalam melawan penjajah Inggeris.

Bahaya sikap HIPOKRIT ini kerana mereka ibarat sesumpah yang boleh berubah warna pada bila-bila masa sahaja demi menyelamatkan dirinya tetapi bukan untuk membantu rakannya.

 

Author

Pilihan Editor