HomeBeritaSarawak sasar 1.2 pelancong hujung tahun

Sarawak sasar 1.2 pelancong hujung tahun

Oleh: ARRIAN ZAYNE

KUCHING: Sasaran seramai 1.2 juta pelancong berkunjung ke Sarawak diyakini tercapai menjelang penghujung tahun ini kata Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak itu optimis berhubung lima bulan pertama tahun ini direkodkan seramai hampir 440,000 pelawat hadir ke negeri ini

“Pelancong datang ke Sarawak sejak Januari hingga Mek adalah 439,150 orang berbanding tahun 2021 hanya 56,278 orang,” katanya.

Bercakap dalam sidang media pada Khamis, menurut Abdul Karim angka itu merekodkan peningkatan sebanyak 680 peratus.

Angka positif akan dapat dilihat lagi katanya ekoran bermula Jun hingga hujung tahun ini pelbagai acara serta festival berlangsung di negeri ini.

“Saya percaya apabila pintu sempadan Brunei dibuka nanti, lebih ramai pelawat akan hadir ke Sarawak kerana sebelum ini setiap minggu kira-kita 4,000 pelawat datang setiap minggu melalui Brunei ke negeri ini,” ujarnya penuh yakin.

Terdahulu, Abdul Karim turut mendedahkan Festival ‘What About Kuching’ (WAK) bakal kembali pada Oktober hadapan setelah dua tahun direhatkan oleh pandemik Covid-19.

“Kuching tidak akan sepi sehingga hujung tahun ini…WAK akan berlangsung selama 30 hari sepanjang bulan di sekitar Kuching,” jelasnya penganjuran kali ini menjanjikan kelainan serta pembaharuan pada festival nanti.

Pada Ogos katanya kalender akan diisi dengan Regatta Sarawak dan Festival Makanan Kuching sementara pada September berlangsungnya Hari Keputeraan TYT.

“Namun berdasarkan kajian serta soal selidik terhadap pemain industri perhotelan, bulan Oktober memperlihatkan kalender mereka lengang,” ujarnya

Justeru, festival WAK katanya harus berlangsung pada Oktober sebagai pengisian acara di Sarawak sekali gus merangsang ekonomi terutamanya sektor perhotelan.

 

Author

Pilihan Editor