HomeBeritaLembah Klang bergelap di siang hari

Lembah Klang bergelap di siang hari

KUALA LUMPUR: Lembah Klang tiba-tiba bergelap di beberapa lokasi berikutan gangguan bekalan elektrik.

Menurut aduan awam di laman sosial masing-masing antara lokasi terjejas adalah Petaling Jaya, Shah Alam, Bangi, Selayang, Cheras dan Bandar Sunway sejak jam 12.30 tengah hari.

 

Seri Kembangan, 27 Julai 2022. Suasana ketika “blackout” ketika tinjauan di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC)

Beberapa negeri lain turut dilaporkan mengalami situasi sama dan rata-rata terkejut tidak pernah berlaku secara serentak di beberapa lokasi dan negeri.

Netizen turut memuatnaik situasi berkenaan termasuk lampu trafik turut terhenti menyebabkan situasi sesak serta merta di jalan raya.

Selain gangguan elektrik, internet juga terjejas sehingga menyebabkan pengguna tidak dapat menggunakan aplikasi seperti peta dan sebagainya.

Seri Kembangan, 27 Julai 2022. Suasana ketika “blackout” ketika tinjauan di Mines International Exhibition & Convention Centre (MIECC)

Hujan lebat melanda sejak jam 11 pagi memberi cabaran kepada orang ramai di samping berlakunya gangguan.

MEDIA VARIASI sedang menunggu laporan rasmi daripada agensi terbabit.

 

Author

Pilihan Editor