HomeBeritaMajlis Raja-raja dimohon kembalikan prinsip kemanusiaan dalam syariah

Majlis Raja-raja dimohon kembalikan prinsip kemanusiaan dalam syariah

KUALA LUMPUR: Sudah tiba masanya Majlis Raja-Raja mengembalikan semula peranan Mahkamah Syariah Tanah Melayu kepada status asalnya, bersumberkan prinsip Islam dari al-Quran.

Berita berkaitan: Kerja komuniti ganti hukuman penjara untuk pesalah syariah – KP Penjara

Ini bermakna, bidang kuasa Mahkamah Syariah yang pada asalnya dikenali sebagai Mahkamah Kadi ini, perlu diperbetulkan semula kepada pelaksanaan undang-undang Islam tanpa hukuman penjara atau denda langsung.

Presiden Mahkamah Timbangtara (MATE), Tan Sri Profesor Dr (Munsyi) Muslim Yacob berkata, sebagai hakim yang sudah berkhidmat di mahkamah berkenaan selama 40 tahun, beliau melihat kepincangan berlaku dalam institusi kehakiman syariah negara ketika ini.

Katanya, sebuah jawatankuasa Islam khas di bawah Majlis Raja-Raja perlu diwujudkan bagi memperbetulkan semula peranan institusi kehakiman syariah.

Berita berkaitan: Kerja komuniti ganti hukuman penjara untuk pesalah syariah – KP Penjara

“Sudah tiba masanya perlu mohon kepada Duli Yang Maha Mulia (Majlis Raja-Raja) untuk perbetulkan keadaan (mahkamah syariah) dan tubuhkan jawatankuasa Islam bagi menjaga ketataan Islam di dalam dan luar mahkamah termasuk penjara.

“Sepatutnya Mahkamah Syariah atau Jawatankuasa Syariah negeri, dengan perkenan Tuanku Sultan perlu buat satu perubahan mengenai pelaksanaan hukuman kepada pesalah syariah.

“Sebagai peguam, yang menjalankan tugas-tugas kehakiman, saya nampak ini satu kezaliman yang sangat dahsyat, tidak boleh dimaafkan.

Berita berkaitan: Kerja komuniti ganti hukuman penjara untuk pesalah syariah – KP Penjara

“Kerajaan, pihak kementerian (merujuk Kementerian Dalam Negeri) mesti ambil tindakan membetulkan keadaan ini, kita tak boleh remeh-temehkan pengadilan Islam tapi nampaknya dipersendakan oleh pihak lain,” katanya yang merujuk kepada isu pemenjaraan Emilia Hanafi baru-baru ini.

Beliau berkata demikian ketika bersiaran langsung di Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama MEDIA VARIASI bersama Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan dan Emilia kendalian Pengarang MEDIA VARIASI, Wan Noor Hayati Wan Alias @ Tun Puteh Wanti sebagai moderator, pada 8 Julai 2022.

Berita berkaitan: Kerja komuniti ganti hukuman penjara untuk pesalah syariah – KP Penjara

Peguam syarie pertama negara di Wilayah Persekutuan dan Selangor lantikan Jabatan Agama Islam Selangor pada 1972 itu, berkata sebaik-baik hukuman mengikut prinsip Islam berdasarkan al-Quran adalah penjara ditiadakan.

Beliau malah mencadangkan, Mahkamah Penghulu dan Mahkamah Kadi digabungkan supaya boleh menjaga prinsip Islam dan adat istiadat Melayu pada masa yang sama.

“Kembalikan sistem kehakiman Islam seperti macam mana bermula di Tanah Melayu. Sistem mahkamah kadi dan mahkamah penghulu kita jadikan satu mahkamah abadi.

“Mahkamah Syariah/kadi dia jaga hukum hakam Islam, Mahkamah Penghulu dia jaga adat istiadat Melayu. Jadi, kita gabungkan. Sekarang ni, mahkamah penghulu tidak ada, nama sahaja ada,” katanya.

Berita berkaitan: Kerja komuniti ganti hukuman penjara untuk pesalah syariah – KP Penjara

Beliau turut memberi contoh, di Thailand, hakim Mahkamah Syariah di sana tidak bertindak bersendirian tetapi keputusan dibuat bersama hakim Mahkamah Sivil.

“Di Thailand, hakim Mahkamah Syariah duduk bersama hakim Mahkamah Sivil. Pembuat keputusan adalah hakim sivil, hakim syariah hanya beri nasihat kepada hakim sivil.

“Kerana, hakim syariah berpandukan Quran dan hadis. Kenapa pula nak penjarakan orang. Ini baru betul. Kita pun patut buat macam tu, tiada percanggahan,” katanya.

Mengulas lanjut, peguambela rakyat itu ketika ditanya daripada soalan penonton, adakah sesiapa pernah membangkitkan isu kepincangan mahkamah syariah ini ke depan, beliau menjawab tiada.

Berita berkaitan: Kerja komuniti ganti hukuman penjara untuk pesalah syariah – KP Penjara

“Sepanjang yang saya tahu, tiada siapa pun yang membangkitkan perkara ini tentang kredibiliti mahkamah syariah ataupun hukum hakam yang kita lihat perbuatannya pincang.

“Pesalah jenayah syariah bukan pesalah biasa. Pesalah biasa dia dengan masyarakat. Kesalahan ini (syariah) dengan Allah Taala. Kenapa pula kita hantar ke penjara, bogelkan orang, dibiarkan berjemur panas.

“Allah tak pernah perintah seperti itu. Nabi tak pernah buat penjara, kenapa kita buat? Di Arab pun tak hukum orang macam itu. Kita (Malaysia) sahaja yang hukum,” katanya yang tidak mahu mahkamah syariah cenderung seperti ‘kanggaroo court’ yang bermaksud, mahkamah kacau-bilau tidak tentu hala.

Berita berkaitan: Kerja komuniti ganti hukuman penjara untuk pesalah syariah – KP Penjara

Katanya, pihak yang terlibat dengan pemenjaraan yang disifatkannya tidak adil seperti hakim mahkamah syariah, pendakwa raya, penguatkuasa, pegawai penjara menteri, dan ahli parlimen dan Dewan Undangan Negeri yang membuat dasar akan menanggung perbuatan mereka kerana prinsip Islam melaksanakan hukuman secara adil, berperikemanusiaan dan wajar.

 

Author

Pilihan Editor