HomeBeritaPengerusi kem tahfiz sindir baur lucah, ustaz dirogol gadis

Pengerusi kem tahfiz sindir baur lucah, ustaz dirogol gadis

KUALA LUMPUR: Seorang pengerusi kem tahfiz di Selangor dipercayai membuat hantaran sindir berbaur lucah terhadap mangsa rogol bawah umur di Facebook miliknya, yang tular sejak semalam.

Individu yang menggunakan akaun Facebook, Ezzat Tahir itu memuat naik gambar bersama tulisan di hantaran iaitu,

“Ustaz F&N penceramah bebas ditahan kerana merogol berkali-kali seorang gadis berumur 14 tahun.

Berkali-kali hebat juga. Ustaz yang hebat atau gadis tu yang hebat. Berkali-kali perginya??

“Ada kemungkinan juga ustaz ini yang dirogol oleh gadis tersebut,” menurut hantaran itu.

Bagaimanapun, jabatan netizen cekap menjalankan kerja dengan membuat tangkap layar di komen yang ditinggalkan individu berkenaan di hantaran sama.

Terdapat komen saling berbalas antara individu yang memuat naik hantaran dan pengikutnya, seolah-olah saling menyokong rogol itu adalah menyeronokkan.

Bagaimanapun, tinjauan MEDIA VARIASI di akaun berkenaan, mendapati hantaran terbabit dipercayai sudah dipadamkan.

Malah, pemilik akaun terbabit juga terus memuat naik hantaran seperti biasa, seolah-olah tiada apa yang berlaku di akaun miliknya.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mempersoalkan tindakan sesetengah pihak ‘menghukum’ mangsa gangguan seksual apabila mengaitkannya dengan pemakaian mangsa.

Katanya, budak berusia lima tahun dirogol, kanak-kanak berpakaian sukan pun dirogol malah kambing pun dirogol sampai mati walaupun mereka bukan seksi.

Penulis berpendapat, masyarakat kita sudah rosak kerana wujudnya figura berlabelkan agamawan yang membenarkan jenayah rogol sebagai bahan lawak.

Pada usia 14 tahun, agak-agaknya, apa yang gadis setahun jagung itu tahu mengenai dunia belang lelaki, sama ada berkopiah atau tidak.

Jika gadis itu anak atau adik atau anak jiran anda, adakah anda akan ibaratkan gadis itu dengan kereta baharu?

Dalam pada itu, lelaki yang berbalas-balas komen dengan ‘pengerusi kem tahfiz’ itu telah pun membuat permohonan maaf di laman Facebooknya.

Individu itu mengakui kesilapannya kerana meninggalkan komen tanpa menyedari kesannya menjurus kepada ‘sexual grooming’ dan berharap pelaku jenayah yang dilaporkan, diadili dan menerima hukuman sewajarnya.

Author

Pilihan Editor