HomeHiburanLuahan Mizz Nina raih publisiti aplikasinya?

Luahan Mizz Nina raih publisiti aplikasinya?

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Mizz Nina mengulang siar tulisan daripada aplikasi Qalby miliknya mencetuskan pelbagai persepsi netizen dan peminatnya.

Siasatan wartawan mendapati sebelum hantaran itu, isteri penyanyi Noh Hujan ada menulis mengenai Nabi Nuh dan anaknya semalam.

Hampir 11 tahun mendirikan rumah tangga, Mizz Nina dan Noh Salleh akhirnya mengumumkan mereka memiliki seorang anak angkat pada Mac lalu dan kini menjalani kehidupan seorang ibu bapa cahaya mata yang cukup sempurna.

Desas-desus pula mendakwa anak bilionair Tan Sri Azman Hashim yang dikahwini sejak 2011, itu bermasalah disangkal suaminya sendiri.

“Sesungguhnya, hanya Allah SWT yang mengetahui apa yang terbaik dan kurang baik buat diri anda. Jadi, terima segala yang tertulis buat anda tidak kira sama ada anda melihat hikmah disebaliknya atau tidak.

“Satu hari nanti, anda pasti akan mengenang kembali dan bersyukur di atas apa ketentuan Allah buat anda. Walaupun mungkin bergenang air mata, tetapkan dalam hati bahawa Allah SWT lebih mengetahui,” tulis Mizz Nina.

Perkongsian di media sosial milik itu mengejutkan ramai kerana beliau sebelum ini berdiam ketika desas-desus mengatakan rumah tangganya bersama Noh bergolak.

Tulisnya, sesetengah perkara mungkin kelihatan sungguh sukar untuk dilalui dalam hidup. Semua aspek seperti berhijrah, berdepan dengan kesusahan, sedih kerana kehilangan, bergaduh, mencari kerja, bercerai atau apa situasi sekali pun mungkin nampak sukar namun ganjarannya begitu indah.

“Sama seperti mengambil ubat, tiada siapa yang suka kerana pahit namun perlu diambil kerana baik untuk kita. Dalam pada itu, anda juga mungkin menyayangi dan mencintai sesuatu, namun tidak menyedari impaknya sama ada tidak baik atau negatif.

“Berkemungkinan akan memberi kesan tidak baik namun anda menyayanginya kerana memberikan ketenangan, keterujaan dan kenyamanan. Namun, mungkin juga menyebabkan anda tidak memperoleh ganjaran atau kebaikan pada masa akan datang.

“Membuat kebaikan mungkin kurang digemari atau disukai kerana sukar untuk dilakukan, berbeza dengan keburukan yang lebih memberi keselesaan dan kenyamanan,” tulisnya.

Bagaimanapun, nukilan personaliti TV dan aktivis Muslimah itu dipercayai hanya mempromosi aplikasi mudah alih berkonsepkan gaya hidup Islam, Qalby, yang diasaskannya, pada November 2020,  dengan memuat naik semua hantaran daripada instagram berkenaan.

Author

Pilihan Editor