HomeBeritaPengerusi PTPTN: Wan Saiful tegur laporan media

Pengerusi PTPTN: Wan Saiful tegur laporan media

KUALA LUMPUR: Datuk Wan Saiful Wan Jan menegur cara penulisan sebuah portal berita yang seolah-olah tidak tahu bahawa beliau sudah tidak lagi memegang jawatan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Dalam kenyataan Ketua Penerangan Bersatu di Facebook miliknya menjelaskan, beliau sudah memaklumkan sebelum ini bahawa tarikh akhir beliau berkhidmat sebagai Pengerusi PTPTN adalah 17 Jun 2022.

“Saya rasa tak perlu ada tanda soalan pada laporan ini.

“Seingat saya, memang sudah lama saya sebutkan secara terbuka bahawa hari akhir saya di PTPTN ialah pada 17 Jun 2022.

“Next step, tunggu lah hingga next step itu sampai :-),” tulisnya.

Utusan Malaysia menerusi tajuk “Wan Saiful bukan lagi Pengerusi PTPTN?” turut melaporkan carian mereka di laman web rasmi PTPTN sejak seminggu lalu mendapati, jawatan yang disandang Ketua Pe­nerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu dikosongkan.

Bagaimanapun sehingga kini tiada kenyataan rasmi daripada perbadanan tersebut mengenai kekosongan jawatan berkenaan.

Wan Saiful antara nama yang disebut-sebut bagi menggantikan Datuk Zuraida Kamaruddin mengisi kerusi Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi selepas Zuraida meninggalkan Bersatu.

Bersatu berpandangan kedu­dukan Ahli Parlimen Ampang sebagai menteri patut diganti kerana jawatan menteri tersebut didakwa kuota parti berkenaan.

Author

Pilihan Editor