HomeBeritaPusat perubatan kekurangan jururawat, gaji lumayan menanti graduan - CEO KPMC

Pusat perubatan kekurangan jururawat, gaji lumayan menanti graduan – CEO KPMC

KAJANG: Jangan terkejut, ada graduan jururawat baharu keluar sudah ditawarkan gaji RM4,000 hingga RM5,000 sebulan!

Ia berlaku gara-gara permintaan yang tinggi sejak era pandemik dan kini endemik dalam bidang ini sedangkan jumlah sedia ada ketika ini belum mencukupi.

Kerana itu ada pelajar yang belum habis peperiksaan akhir sudah ditawarkan tempat untuk bertugas.

Ketua Pegawai Eksekutif KPMC, Datuk Saroni Judi berkata, peningkatan permintaan ini bermula selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di mana semua sistem pendidikan terganggu.

“Peperiksaan dan latihan amali tidak dijalankan, semua dilakukan secara dalam talian, menyebabkan pengeluaran jururawat, tenaga mahir dalam bidang perubatan terbantut sejak PKP.

“Yang sedia ada perlu beri sokongan kepada kerajaan di pusat- pusat kawalan penyakit dan wabak.

“Jika ada ramai staf yang terdedah dengan wabak, terpaksa kuarantin menyebabkan tenaga kerja di lokasi berkurang, keperluan amat mendesak berikutan permintaan tinggi.

“Apabila jururawat berkurang, kualiti kerja dan tumpuan kepada pesakit juga beri kesan malah mereka sendiri akan rasa terbeban,” katanya pada sidang media di KPMC.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Menandatangi Perjanjian Persefahaman (MoU) antara KPMC dan Kolej Universiti Antarabangsa MAIWP (UCMI), yang diwakili Naib Canselor UCMI, Prof Dr Wan Mohd Azizi Wan Sulaiman.

Kerjasama ini bagi memastikan KPMC menjadi pusat perubatan pilihan khususnya graduan kesihatan dariada UCMI dengan memberikan rawatan kesihatan berkualiti.

UCMI mengeluarkan 300 graduan kejururawatan setiap tahun.

Tambah Saroni, sewajarnya nisbah seorang jururawat adalah empat pesakit namun disebabkan kekurangan staf, garis panduan ini tidak dapat diikuti.

“Banyak atau tidak keperluan adalah bergantung daripada pandemik kepada endemik, jika ada isu influenza, denggi dan sebagainya.

“Pembukaan hospital baru juga beri ancaman kepada isu kekurangan ini, ramai yang akan memilih tempat baharu menyebabkan tempat sedia ada terjejas.

“Ketika ini KPMC memiliki 140 staf dan 60 peratus daripadanya adalah bahagian perubatan,” katanya.

Author

Pilihan Editor