HomeGaya HidupRawatan doktor estetik tak sah undang risiko

Rawatan doktor estetik tak sah undang risiko

CYBERJAYA: Orang awam yang mahu menjalani rawatan estetik sangat digalakkan untuk mendapatkan khidmat pengamal perubatan berdaftar di bawah Kementerian Kesihatan (KKM).

Pengarah Pembangunan Perniagaan MAC Innovations Sdn Bhd (MAC Innovations), Agnes Lee, menyarankan perkara itu kerana tidak mahu lebih ramai terdedah dengan pelbagai risiko termasuk kematian akibat tidak faham tentang prosedur perubatan estetik.

“Kebanyakan pengguna estetik keliru. Mereka nak buat macam-macam pembedahan, di hidung, buah dada sebab cantik tetapi mereka tidak buat kajian mendalam. Kalau buat pembedahan tanpa doktor diiktiraf dengan lesen sah (estetik), ia boleh cenderung kepada banyak kesan mudarat.

“Misi saya adalah untuk terus mendidik orang awam untuk mendapatkan rawatan estetik dengan orang tepat. Jika ada mahu buat, carilah doktor. Doktor tidak mahal pun, kerana doktor perubatan dikawal oleh KKM,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada MEDIA VARIASI pada Sesi Forum & Dialog Perubatan, Kecantikan dan Kesihatan di Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA), KKM di sini.

Agnes yang sudah berpengalaman dalam bidang kecantikan lebih 20 tahun berkata, beliau ketika ini mahu membantu usahawan bidang kecantikan yang baharu atau lama untuk mendidik mereka menjadi lebih berpengetahuan dalam industri itu.

“Saya adalah pendidik bidang kecantikan, saya boleh bekalkan produk, tapi saya juga bantu untuk mengajar cara berniaga, berunding, sehingga mereka boleh berjaya,” kata pakar anti-kedut CAK itu.

Mengulas mengenai MAC Innovations sudah bertapak sejak 2016, Agnes berkata, beliau sangat menyarankan supaya orang awam memilih rawatan produk konvensional berbanding pembedahan bagi mengelak risiko lebih besar.

“Produk MAC berasaskan protein peptida iaitu molekul halus yang mudah meresap sehingga ke lapisan dermis kulit.

“Kesannya ketara dapat dilihat dalam tempoh tujuh hingga 14 hari tanpa risiko seperti pembedahan dan ‘filler’,” katanya.

Author

Pilihan Editor