HomeBeritaSuri rumah curi Milo dipenjara 14 bulan

Suri rumah curi Milo dipenjara 14 bulan

MARANG: Seorang suri rumah yang mempunyai tiga rekod mencuri, dijatuhi hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini, atas dakwaan jenayah sama dengan mencuri dua peket Milo bernilai RM73 di sebuah pasar raya di sini, 25 Mei lalu.

Tertuduh, Suhaini Mohd, 43, yang juga penagih dadah mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwaan, Asisten Superintenden Othman Ibrahim, bagaimanapun tertuduh tidak diwakili peguam.

Memetik laporan Utusan Online, mengikut fakta kes, polis menahan tertuduh di rumahnya di Kampung Baru Kuala Abang, Dungun dekat sini, berpandukan nombor pendaftaran motosikal terbabit pada 6 Jun lalu.

Ia berikutan, pemilik pasar raya mengekori wanita itu selepas mengesan gerak-geri mencurigakan menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV).

Bagaimanapun, wanita terbabit melarikan diri dengan meninggalkan motosikal dinaikinya di Hentian Bas Marang di sini.

Untuk rekod, Suhaini mempunyai empat orang anak, mempunyai tiga rekod jenayah mencuri barangan pasar raya pada 2019 dan 2021.

Isunya di sini kenapa orang sanggup mencuri makanan? Kenapa orang mengulangi jenayah yang sama?

Jawapannya, demi ‘survival’ dan apabila semua pintu untuk dapat hidup lebih baik tertutup.

Author

Pilihan Editor