HomeHiburanAkim, Stacy dapat anak lelaki pertama

Akim, Stacy dapat anak lelaki pertama

OLEH: FATTAH RAZZAQ

KUALA LUMPUR: Impian pasangan penyanyi, Akim Ahmad dan Stacy untuk menimang seorang anak lelaki dalam rumah tangga mereka akhirnya tercapai apabila juara Akademi Fantasia musim keenam itu selamat melahirkan anak kedua mereka pagi tadi.

Berita itu dikongsikan oleh suaminya, penyanyi, Akim Ahmad, 31, menerusi satu hantaran di akaun Instagram miliknya hari ini.

Menurut Akim atau nama sebenarnya, Afiq Hakim Ahmad, dia bersyukur dengan kurniaan Tuhan itu, apatah lagi ia merupakan bayi sulung lelaki buatnya dan Stacy.

“Segala pujian selayaknya untuk Mu Ya Allah, jam 10.19 pagi, 6 Ogos 2022 bersamaan Muharram 1444 Hijrah. Isteriku tercinta, Stacy Anam sudah selamat melahirkan anak lelaki kami, Alhamdulillah.

“Terima kasih wahai isteri. Terima kasih Tuhanku. Allahu Akbar,” katanya.

Pada Mac lalu, Stacy mengesahkan dia hamil anak kedua ketika usia kandungan mencecah empat bulan setelah ramai mula berteka-teki mengenai perubahan bentuk badannya.

Stacy atau nama sebenarnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam dan Akim sangat bersyukur kehamilan kedua itu dipermudahkan.

Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 2016.

Author

Pilihan Editor