HomeBeritaAMANAH mohon Agong perkenan penubuhan RCI siasat LCS, babitkan VVIP

AMANAH mohon Agong perkenan penubuhan RCI siasat LCS, babitkan VVIP

KUALA LUMPUR: Pengerusi Biro Mobilisasi AMANAH, Mohd Sany Hamzan menyerahkan memorandum memohon penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) oleh Yang di-Pertuan Agong berhubung pendedahan isu kapal tempur pesisir (LCS) dibuat Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Templer itu berkata, isu tersebut membimbangkan rakyat, memandangkan RM6.08 bilion sudah dibelanjakan dipercayai pembabitan VVIP, meskipun kewujudan kapal tempur berkenaan masih belum kelihatan.

Menurut beliau, penubuhan RCI membolehkan dalang bertanggungjawab dibawa ke muka pengadilan.

Berita berkaitan: LCS: PAC sambut baik keputusan Kabinet terima syor – Pengerusi

“Isu ini amat serius kerana ia membabitkan kedaulatan, keselamatan serta pertahanan negara tidak boleh dikompromi kerana ia membabitkan nyawa rakyat, menggunakan wang rakyat selain melibatkan institusi Diraja.

“Kita tahu TLDM ini panglima tertinggi adalah Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja sebab itu kita mengharapkan kepada Yang di-Pertuan Agong dan memohon supaya disegerakan penubuhan RCI bagi menyiasat kes kapal tempur ini.

“Kita mahu siasatan menyeluruh dilakukan supaya pihak yang terlibat dapat diadili dan kita tidak mahu lagi kes kontroversi melibatkan berbilion ringgit wang negara hangus begitu saja,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan memorandum di Pintu 3 Istana Negara kepada Ketua Komunikasi Korporat Istana Negara, Datuk Muzli Mohamad Zin, di sini.

Mohd Sany berkata seperti yang didedahkan oleh PAC, ada VVIP dalam negara turut terlibat, sebab itu kita mengharapkan RCI dapat ditubuhkan segera untuk mengenal pasti individu tersebut.

“Macam kes mata lebam Anwar dahululah, hari ni tubuh RCI esok dah tahu siapa pelakunya.

“Kami juga memohon Yang di-Pertuan Agong dapat memilih ahli suruhanjaya terdiri daripada mereka yang berkaliber,” katanya.

Berita berkaitan: LCS: PAC sambut baik keputusan Kabinet terima syor – Pengerusi

Author

Pilihan Editor