HomeHiburanAzhar Sulaiman buntu anak gadis banyak kontroversi

Azhar Sulaiman buntu anak gadis banyak kontroversi

Oleh: SITI NS

SETIAP ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anaknya, begitu juga dengan pelakon terkenal, Azhar Sulaiman. Azhar yang berusia 51 tahun, telah mendirikan rumah tangga bersama isterinya Chempaka Emalin Pahamin pada tahun 1995 dan dikurniakan tiga orang anak.

Azhar mengakui sudah buntu untuk menasihati seorang anak perempuannya, Kasih Iris Leona yang sering mencetuskan kontroversi sehingga menerima banyak kecaman netizen.

Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, Azhar mendedahkan hal itu dalam satu perbualan bersama rakan artisnya iaitu Aida Aris.

Dalam perbualan itu, Aida cuba mengatakan Leona terlalu terkenal saat ini dan menasihatkan Azhar untuk cuba berbincang secara baik supaya dia lebih menjaga batas diri dan lebih tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.

“Ya Daa.. Cakap apa pun tak lut, makin cakap makin menjadi-jadi,” luah Azhar.

Aida cuba membantu sahabatnya itu dengan memberi cadangan supaya menggunakan kehebatannya sebagai aktor untuk melembutkan hati Leona.

“Kau cubalah ‘slow talk’ dengan dia. Kau berlakonlah sedih sikit and cakap sampai hati you buat kat Daddy macam ni. Gunakan skil lakonan kau tu untuk pujuk dia,” ujar Aida.

Sebelum ini, pelakon itu pernah mengakui anak perempuannya itu gemar berpakaian seksi walaupun dia sudah puas melarangnya.

Gambar terbaru yang dimuat naik oleh Leona baru-baru ini, semasa menghadiri konsert Billie Eilish juga mendapat sindiran daripada netizen mengatakan bahawa pemakaian Billie lebih sopan daripadanya.

Author

Pilihan Editor