HomeHiburanBlackpink umum tarikh 'comeback' jelajah dunia

Blackpink umum tarikh ‘comeback’ jelajah dunia

OLEH: SITI NS

SEBELUM mengeluarkan album penuh mereka, ‘Born Pink’, Blackpink sudah bersedia mengeluarkan single bertajuk ‘Pink Venom’ pada 19 Ogos ini. Album studio kedua kumpulan yang telah lama ditunggu-tunggu itu akan dikeluarkan pada 16 September, hanya sebulan selepas ‘Pink Venom’ dikeluarkan, lapor SOOMPI.

Blackpink akan memulakan jelajah dunia pertama mereka dalam tempoh tiga tahun pada Oktober ini.

Jelajah dunia mereka, ‘Born Pink’ yang bermula di Seoul pada 15 dan 16 Oktober. Sejurus selepas konsert mereka di Seoul, kumpulan itu akan segera menuju ke Amerika Utara di mana mereka akan mengadakan 10 pertunjukan di tujuh bandar berbeza di seluruh Amerika Syarikat dan Kanada.

Pada akhir November hingga Disember, Blackpink akan melawat Eropah dan kemudian menuju ke Asia dan Timur Tengah pada tahun baharu.

Pada semua peminat Blackpink ataupun lebih mesra dipanggil ‘Blink’, mereka tidak perlu risau jika lokasi mereka belum diumumkan kerana Blackpink menjanjikan lebih banyak tarikh di lebih banyak lokasi!

Kemunculan pertama Blackpink adalah pada 8 Ogos 2016 dan pada 8 Ogos yang baru berlalu, ahli Blackpink memuatnaik gambar di social media mereka untuk berkongsi cinta mereka terhadap Blackpink dan Blink.

Selamat ulang tahun keenam buat Blackpink dan tidak sabar rasanya untuk sama-sama hadir ke konsert jelajah dunia ‘Born Pink’ di Kuala Lumpur tidak lama lagi!

Author

Pilihan Editor