HomeEkspresiFotoDetik-detik Najib dijatuhkan hukuman

Detik-detik Najib dijatuhkan hukuman

PUTRAJAYA: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak telah dijatuhkan hukuman kekal 12 tahun serta denda sebanyak RM210 juta. Beliau telah dipenjara di Penjara Kajang semalam.

MEDIA VARIASI berpeluang merakam detik-detik Najib hadir, berjumpa penyokong-penyokong dan dijatuhkan hukuman sebelum dibawa ke Penjara Kajang.

Para penyokong kelihatan marah tidak puas hati dan sebak menangis mendengar keputusan itu.

Berita berkaitan: Pemenjaraan Najib wujudkan dua naratif

Najib disambut oleh penyokong-penyokongnya ketika tiba di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya bagi prosiding pendengaran rayuan akhir beliau untuk mengenepikan sabitan dan hukuman terhadap kes rasuah membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Peguam Najib, Hisyam Teh Poh Teik tiba di Istana Kehakiman bagi prosiding pendengaran rayuan akhir Najib untuk mengenepikan sabitan dan hukuman terhadap kes rasuah membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Najib melambai tangan kepada media ketika tiba di Istana Kehakiman Putrajaya bagi prosiding pendengaran rayuan akhir beliau.
Penyokong-penyokong Najib hadir memberi sokongan di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya bagi prosiding pendengaran rayuan akhir beliau untuk mengenepikan sabitan dan hukuman terhadap kes rasuah membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
penyokong najib
Penyokong-penyokong Najib hadir di pekarangan Istana Kehakiman Putrajaya bagi prosiding pendengaran rayuan akhir beliau untuk mengenepikan sabitan dan hukuman terhadap kes rasuah membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Berita berkaitan: Pemenjaraan Najib wujudkan dua naratif

Wajah sugul Najib di Istana Kehakiman Putrajaya bagi prosiding pendengaran rayuan akhir beliau untuk mengenepikan sabitan dan hukuman terhadap kes rasuah membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.
Najib berjumpa dengan penyokong-penyokongnya di luar Istana Kehakiman selepas Mahkamah Persekutuan menolak rayuan beliau.
Penyokong-penyokong kelihatan tidak dapat menahan tangisan kesedihan apabila mengetahui rayuan terakhir Najib ditolak serta dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun.
Antara penyokong Najib yang tidak dapat menahan tangisan kesedihan di pekarangan luar Istana Kehakiman apabila mengetahui rayuan terakhir Najib ditolak serta dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta.
Penyokong-penyokong kelihatan tidak dapat menahan tangisan kesedihan apabila mengetahui rayuan terakhir Najib ditolak serta dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda sebanyak RM210 juta.
Penyokong-penyokong dan pengamal media menunggu Najib dibawa ke Penjara Kajang selepas mengetahui keputusan Mahkamah di luar pekarangan Istana Kehakiman.
Kenderaan dipercayai membawa Najib diiringi kenderaan PDRM ke Penjara Kajang selepas beliau dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta.

Berita berkaitan: Pemenjaraan Najib wujudkan dua naratif

Author

Pilihan Editor