HomeBeritaDua individu tersepit, pesawat terhempas di Ipoh

Dua individu tersepit, pesawat terhempas di Ipoh

IPOH: Dua individu dilaporkan tersepit apabila sebuah pesawat ringan terhempas di Jalan Dr Nazrin Shah berhampiran Medan Gopeng, di sini, malam ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh, Azman Hussin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada jam 8.10 malam sebelum anggota bergegas ke lokasi.

Setiba di tempat kejadian, pasukan mendapati sebuah kapal terbang bersaiz kecil terhempas.

“Terdapat dua mangsa, dan kerja mengeluarkan mereka sedang dijalankan,” katanya.

Pilihan Editor