HomeSukanFIFA batal gantung AIFF, KL City jumpa ATK Mohun Bagan playoff antara...

FIFA batal gantung AIFF, KL City jumpa ATK Mohun Bagan playoff antara zon Piala AFC

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

BIRO Majlis FIFA telah memutuskan untuk menarik balik penggantungan yang dikenakan ke atas Persekutuan Bola Sepak Seluruh India (AIFF) kerana pengaruh pihak ketiga.

Keputusan itu diambil selepas FIFA menerima pengesahan bahawa mandat jawatankuasa pentadbir yang ditubuhkan untuk mengambil alih kuasa Jawatankuasa Eksekutif AIFF telah ditamatkan dan pentadbiran AIFF telah memperoleh semula kawalan penuh ke atas urusan harian AIFF.

FIFA dan AFC akan terus memantau keadaan dan akan menyokong AIFF dalam mengatur pemilihannya tepat pada masanya.

Berita baiknya, Piala Dunia Wanita B-17 FIFA 2022™ yang dijadualkan berlangsung pada 11-30 Oktober 2022 akan diadakan di India seperti yang dirancang.

Manakala, kelab utama liga mereka ATK Mohun Bagan akan bertemu Kuala Lumpur City FC peringkat separuh akhir playoff antara Zon Piala AFC di Stadium Salt Lake pada 7 September depan.

Author

Pilihan Editor