HomeSukanKasma Daniel rekod masa terpantas sesi kelayakan Litar Terengganu

Kasma Daniel rekod masa terpantas sesi kelayakan Litar Terengganu

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

PELUMBA pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha Maju Motor, Kasma Daniel Kasmayudin dari merekodkan masa terpantas bagi sesi kelayakan Pusingan Ketujuh, Kejuaraan PETRONAS Malaysian Cub Prix bagi kategori CP150.

Pusingan ketujuh yang berlangsung di Litar Permotoran Terengganu pada Jumaat telah menyaksikan 25 pelumba beraksi untuk memperkukuhkan lagi kedudukan mereka secara keseluruhan.

Kali ini, Kasma mengambil gelaran pelumba terpantas bagi sesi kelayakan di litar Terengganu apabila beliau mencatatkan masa 48.112s.

Pada pusingan keempat yang berlangsung di litar yang sama, Kasma mengambil tempat ketiga di sesi kelayakan tetapi menamatkan perlumbaan akhir di tempat pertama.

Kini Kasma telah menandakan nada positif lebih awal lagi bagi pusingan ketujuh dengan catatan masa yang lebih bagus daripada catatan sebelumnya di Litar Terengganu iaitu 49.260s.

Azroy Hakeem Anuar dari pasukan Honda Yuzy Idemitsu Team muncul kedua terpanyas dengan catatan masa 48.241s.

Md Helmi Azman dari pasukan SCK Honda Racing Team yang mencatatkan masa yang sama dengan Azroy mengambil tempat ketiga terpantas.

Author

Pilihan Editor