HomeBeritaIsu maklumat bocor didakwa makin serius, Akta PDP perlu dipinda - PKR

Isu maklumat bocor didakwa makin serius, Akta PDP perlu dipinda – PKR

PETALING JAYA: Sekurang-kurangnya tiga mangsa kerugian RM30,000 dalam tempoh sejam, menggambarkan tahap keseriusan membabitkan isu kebocoran maklumat data dalam negara.

Berita berkaitan: Ramai miskin rentan terjerat skim pinjaman mudah, jadi mangsa scammer

Justeru, statistik itu menunjukkan Akta Perlindungan Data Peribadi (PDP) 2010 (Akta 709), ada keperluan untuk dipinda kepada bank berkaitan dalam pengendalian data peribadi orang awam.

Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata, sekiranya undang-undang (Akta PDP) perlu dipinda bagi memberi arahan kepada bank berkaitan, maka perkara itu perlu diteliti.

Beliau sendiri akan mengusulkan pembentukan satu jawatankuasa bertindak dalam parti Pakatan Harapan (PH) dan mencadangkan perkara itu dalam perbincangan.

Berita berkaitan: Ramai miskin rentan terjerat skim pinjaman mudah, jadi mangsa scammer

“Adalah sebabnya Akta PDP perlukan satu pindaan untuk menegaskan badan, pertubuhan, atau institusi yang mengendalikan atau menyimpan data peribadi, dan melantik pegawai data.

“Sekiranya berlaku kebocoran, ketirisan, kehilangan data, kecurangan, maka perlu dilakukan segera,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Penerangan PKR berkata demikian pada sidang media sindiket wang pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), di Ibu Pejabat PKR di sini.

Yang turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu, Lee Chean Chung.

Berita berkaitan: Ramai miskin rentan terjerat skim pinjaman mudah, jadi mangsa scammer

Media sebelum ini melaporkan, Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) mengumumkan penguatkuasaan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709), pada 2013.

Selaras dengan penguatkuasaan akta itu, semua pihak yang dikategorikan sebagai pengguna data di bawah Perintah Golongan Pengguna Data berdaftar dengan Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDPM), dan menjadi kesalahan bagi mereka mendedahkan data peribadi kepada pihak ketiga tanpa persetujuan pemilik.

Berita berkaitan: Ramai miskin rentan terjerat skim pinjaman mudah, jadi mangsa scammer

Fahmi mengulas lanjut, mendakwa sebenarnya mudah untuk menjejak aliran wang tunai dan menahan pihak terlibat yang merupakan benefesiari atau penerima terakhir wang seperti yang berlaku dalam isu skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International.

“Kita boleh tahu bagaimana duit itu keluar dari sistem, takkan bank tak tahu, takkan bank tak boleh tahu.

“Jangan cuba kaburi mata rakyat, berterus teranglah kepada rakyat. Setiap tahun wang rakyat hilang daripada simpanan.”

Ini perlu dihentikan,” katanya yang turut mempersoalkan mengapa tiada dalang scammer dihumban ke penjara hingga saat ini.

Berita berkaitan: Ramai miskin rentan terjerat skim pinjaman mudah, jadi mangsa scammer

Author

Pilihan Editor