HomeBeritaMesyuarat tergempar UMNO bincang isu semasa

Mesyuarat tergempar UMNO bincang isu semasa

KUALA LUMPUR: “Mesyuarat tergempar UMNO di Ibu Pejabat di Pusat Dagangan Dunia (WTC) membincangkan isu semasa.

“Saya akan kembali jam 5.30 petang ini,” kata Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita sebaik sahaja keluar dari bilik mesyuarat berkenaan kira-kira jam 2.30 petang tadi.

Puluhan pengamal media masih berkampung di WTC sejak jam 11 pagi tadi.

Ada desas-desus mengatakan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam perjalanan untuk menyertai mesyuarat berkenaan.

Ahli MKT UMNO, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh

Sementara itu, disusuli Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, enggan mengulas lanjut mengenai mesyuarat berkenaan, dan hanya berkata ‘saya tidak tahu’ ketika dikejar dan dikerumuni puluhan media di pekarangan bangunan sebelum bergegas menaiki kenderaan rasmi.

Ketika ditanya adakah mesyuarat berkenaan sudah tamat, beliau hanya tidak mendedahkan sebarang butiran lanjut.

Author

Pilihan Editor