HomeSukanJDT tekad buru momentum kemenangan jumpa Selangor FC

JDT tekad buru momentum kemenangan jumpa Selangor FC

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

KETUA jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Hector Bidoglio mahu momentum kemenangan diteruskan menentang Selangor FC dalam saingan Liga Super pada Sabtu ini di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya.

Menurutnya, perlawanan itu pastinya akan menjadi persediaan terbaik sebelum berdepan final Piala FA menentang Terengganu FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 10 September ini.

Dia juga sedar aksi di tempat lawan adalah mustahak bagi menentukan kesebelasan terbaik yang bakal diturunkan nanti.

“Kita akan menilai daripada hari ke hari untuk melihat macam mana keadaan setiap pemain kita.

“Di JDT, kami sentiasa meletakkan keutamaan untuk memastikan pemain terbaik akan beraksi di atas padang.

“Kita akan tengok balik pemain-pemain ini untuk menentang Selangor dan juga seterusnya bersedia untuk melawan Terengganu,” kata pengendali asal Rosario, Argentina itu pada Selasa.

JDT kini kian selesa di takhta liga dengan 41 mata.

Author

Pilihan Editor