HomeMV+EksklusifAnak jutawan RF3 World dedah diri Sultan Pemurah

Anak jutawan RF3 World dedah diri Sultan Pemurah

KUALA LUMPUR: Tidak lagi berselindung di sebalik akaun Tiktok Sultan Pemurah yang diburu netizen, akhirnya identiti pemilik akaun itu terbongkar, iaitu anak sulung kepada jutawan Melayu, Datuk Seri Nazeri Omar.

Lagi berita Eksklusif: SRIKANDI selamatkan dua kanak-kanak hamba seks warga asing

Nazeri adalah Ketua Pegawai Eksekutif RF3 World Sdn Bhd iaitu sebuah syarikat produk kecantikan.

Identitinya terbongkar apabila, pemilik akaun bernama Zengky, mendedahkan beberapa bukti menyamai maklumat yang pernah diselidik netizen, seperti suara dan ‘gift’ lion oleh Sultan Pemurah, sebelum ini.

Ia hasil daripada salah satu perkongsian ‘live’ di Tiktok membabitkan antara pempengaruh seperti Ryan Bakery, ourthrift.co2, mamatgotnochill, dan Zengky, semalam.

Lagi berita Eksklusif: SRIKANDI selamatkan dua kanak-kanak hamba seks warga asing

Zengky mendedahkan dirinya sendiri bagi menjawab teka teki netizen yang sebelum ini membuat andaian identiti itu adalah Hairul Azreen dan ramai lagi artis lain.

Berdasarkan tinjauan MEDIA VARIASI, rata-rata netizen yang mendakwa mengenali rapat Zengky memberitahu pemuda itu anak kepada pengasas RF3, seorang pemurah, rendah diri dan suka tertawa, tidak seperti anak golongan elit yang lain.

Lagi berita Eksklusif: SRIKANDI selamatkan dua kanak-kanak hamba seks warga asing

Media sosial sebelum ini disensasikan dengan kemunculan Sultan Pemurah di Tiktok secara tiba-tiba apabila dikatakan memberikan pelbagai ‘gift’ mewah kepada beberapa pemilik akaun termasuk Ryan Bakery, Wawa Zainal dan Aeril Zafril, individu buta penglihatan kak Anis, dan anak Datuk Seri Vida iaitu Kacak.

Jumlah harga hadiah yang pernah diberikan kepada Ryan oleh Sultan Pemurah ketika awal kemunculannya itu adalah sekitar 300,000 Coins dan perlu labur RM19,958 untuk beli Coins sebanyak itu di TikTok.

Bagaimanapun, Sultan Pemurah dikatakan terus kekal rendah diri meskipun menyatakan akan terus muncul secara random dalam live sesiapa sahaja di TikTok.

Lagi berita Eksklusif: SRIKANDI selamatkan dua kanak-kanak hamba seks warga asing

Author

Pilihan Editor