HomeBeritaKisah keluarga Kahar berjalan kaki 26km bukti kedaifan prasarana di Sabah

Kisah keluarga Kahar berjalan kaki 26km bukti kedaifan prasarana di Sabah

KOTA MARUDU: Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati apabila melihat keluarga lelaki yang dikenali sebagai Kahar terpaksa berjalan kaki sejauh 26 kilometer (km) dari Kampung Bombong untuk ke majlis ilmu di Kampung Samparita kerana kedaifan prasarana.

Pada Sabtu, Kahar dan keluarganya terpaksa berjalan kaki untuk ke Masjid As-Syahadah di Kampung Samparita kerana tiada prasarana seperti jalan raya di lokasi tersebut.

Menerusi perkongsian foto keluarga Kahar di Facebook Sabah Info, kelihatan jalan yang digunakan belum ada tar yang sempurna menyebabkan tiada kemudahan pengangkutan awam di situ.

Foto: FB Sabah Info/Faiz Asali

Difahamkan beliau dan keluarganya bergerak dari rumah seawal 5.30 pagi dari Kampung Bombong dan tiba di Masjid As-Syahadah, Kampung Samparita dalam jam 8.30 pagi.

Ketika berdekatan lokasi dan ada orang yang baik hati hendak memberi mereka tumpang, tetapi Kahar menolak dengan baik, “Kerana ilmu, aku sanggup jalan jauh,” katanya.

Walaupun tidak berkemampuan, hidup dalam keadaan kemudahan asas yang serba kekurangan, namun sememangnya orang Kota Marudu memiliki jiwa yang kental dan semangat memajukan diri!

“Anda semua berjiwa besar sama seperti saudara Kahar,” tulis pentadbir FB berkenaan.

Antara komen netizen:

 

Mazlan Ouijiboy: Saya berada di SLDB Bombong… mmg sedih la jln ya p sana

Si Ayiee: Ni ke yang dikatakan Malaysia dah Merdeka dan bakal menyambut Hari Kemerdekaan x lama lagi, Merdeka pada yang kaya bertambah kaya pada yang dalam kesusahan, infrastruktur pada daerah pendalaman mereka butakan mata.

 

Author

Pilihan Editor