HomeBeritaViralLapangan Terbang Sandakan kini di Filipina?

Lapangan Terbang Sandakan kini di Filipina?

Oleh: FATTAH RAZZAQ

KUALA LUMPUR: Pengguna aplikasi Google Maps telah mengesan nama Lapangan Terbang Sandakan ditukar kepada Lapangan Terbang Sandakan di Filipina.

Berdasarkan gambar pemandangan dari udara yang dirakam, nama lapangan terbang itu mungkin diubah atau digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Malah ia bukan sahaja melibatkan nama Lapangan Terbang Sandakan sebaliknya nama Pasar Malam Tanjung Tawau juga diubah kepada Pasar Malam Tanjung Filipina.

“Mohon seluruh warga Sabahan, kita bersatu hati untuk edit balik itu nama kepada nama yang betul kepada yang asal “Sandakan Airport, Sabah, Malaysia” begitu juga dengan yang di Tawau tukar kepada “Pasar Tanjung Tawau, Sabah.

“Kita memerlukan sekurang-kurangnya 100 submission di Google Maps.

“Kami pun sudah buat suggest edit di Google Maps, tapi tidak cukup kuat, perlu lebih banyak lagi ssubmission” tulis Facebook Berita Sabah.

Author

Pilihan Editor