HomeHiburanAfgan bakal mewarnai pentas Festival Kuching Jazz 2022

Afgan bakal mewarnai pentas Festival Kuching Jazz 2022

Oleh: ARRIAN ZAYNE

KUCHING: Afgan, artis terkenal Indonesia akan diterbangkan khas untuk Festival Kuching Jazz tahun ini pada 28 dan 29 Oktober.

Festival yang kembali setelah dua tahun berehat akibat pandemik COVID-19 kata Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menampilkan pemilik nama Afgansyah Reza ekoran beliau sering menjadi sebutan para peminat festival jazz di negeri ini:

“Melihat kejayaan tiga siri festival ini terdahulu serta prestasi Afgan antara artis yang mempunyai peminat yang ramai di Malaysia dan Sarawak oleh itu kita memenuhi permintaan ramai untuk membawakan beliau ke sini,” katanya dalam sidang media pada Isnin.

Menurut beliau sasaran pengunjung kali ini adalah seramai 4,000 orang bagi sepanjang festival berlangsung di di Tebingan Kuching berhampiran Hotel Grand Margherita Kuching Sarawak kelak.

Abdul Karim juga mendedahkan festival turut menampilkan pemain biola kontemporari, penerbit dan komposer kelahiran Kuching, Nisa Addina sebagai pengarah artistik festival tahun ini.

“Lebih banyak penghibur akan diumumkan tidak lama lagi, termasuk dari Singapura, Australia dan Thailand,” ujarnya.

Bermula hari ini, 31 Ogos kata Abdul Karim orang ramai berpeluang mendapatkan promosi istimewa pas dua hari ke Kuching Jazz 2022 yang ditawarkan RM300.

“Tawaran ini berlangsung selama seminggu sahaja dan akan berakhir pada tengah malam 6 September ini,” jelasnya sila memuat turun aplikasi Insiders Club secara percuma untuk membeli promosi tersebut.

Sementara tiket juga dijual di laman sesawang www.kuchingjazz.com atau kemas kini akan dibuat menerusi Kuching Jazz 2022 di Facebook dan Instagram.

Bagi pertanyaan lanjut boleh menghubungi nombor +6082-555189 atau e-mel info@placeborneo.com.

Kuching Jazz dianjurkan oleh Hemisphere Corporation, dengan Kuching Waterfront sebagai lokasi rasmi, serta Grand Margherita Hotel, Riverside Majestic Hotel dan Riverside Majestic Astana Wing sebagai hotel rasmi.

Author

Pilihan Editor