HomeSukanMedia banyak berbohong, kata Ronaldo

Media banyak berbohong, kata Ronaldo

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

CRISTIANO Ronaldo mula bersuara mengenai khabar angin berkaitan perpindahannya pada musim panas ini. Penyerang Manchester United itu menuding media banyak berbohong selama ini.

Spekulasi perpindahan rancak berlegar-legar sejak sebulan lalu dan awal pagi tadi Ronaldo menulis komen di Instagram.

“Mereka akan tahu ketika mereka wawancara saya dalam beberapa minggu akan datang.

“Media berbohong. Saya ada buku catatan dan dalam beberapa bulan terakhir, dari 100 berita mengenai saya, hanya ada lima yang benar. Bayangkanlah macamana. Itulah tipnya,” tulis pemilik 5 Ballon d’Or itu.

Sepanjang musim panas ini, Ronaldo dikhabarkan ingin meninggalkan Old Trafford. CR7 juga didakwa mahu bermain di Liga Juara-Juara, tetapi The Red Devils hanya akan beraksi di Liga Europa gara-gara menamatkan kempen di kedudukan keenam Liga Perdana Ingegris (EPL) musim lalu.

Ejen Jorge Mendes dilaporkan sedang mencarikan Ronaldo kelab baru. Banyak gergasi Eropa ditawarkan untuk merekrut penyerang asal Portugal tersebut.

Beberapa kelab yang sempat dikaitkan dengan Ronaldo adalah Bayern Munich, Chelsea, Paris Saint-Germain, Barcelona, Atletico Madrid, Juventus, Real Madrid, dan terakhir AC Milan serta Inter Milan.

Bagaimanapun, semuanya dikhabarkan telah menolak merekrut Ronaldo.

Namun begitu, kudrat Ronaldo masih diguna pakai United dan pengurusnya, Erik ten Hag masih menurunkannya dalam dua aksi awal EPL yang menyaksikan mereka tewas kepada Brighton & Hove Albion serta Brentford.

Ronaldo juga belum meledak sebarang gol dan mencipta umpanan setakat ini.

Author

Pilihan Editor