HomeMV+EksklusifMedia, pengunjung terkejut kereta ditunda, disaman RM100 tanpa notis di MAHA 2022

Media, pengunjung terkejut kereta ditunda, disaman RM100 tanpa notis di MAHA 2022

SERDANG: Pengamal media yang hadir untuk membuat liputan di Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022, terkejut dikenakan saman tanpa notis sebanyak RM100.

Lagi berita Eksklusif: Najib dimasukkan ke HKL – Sumber

Insiden berlaku kira-kira jam 12 tengah hari apabila dua pengamal media terkejut kereta-kereta mereka ‘ghaib’ di satu lot letak kereta sebagaimana diarahkan pada awalnya oleh penganjur MAHA, taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) untuk kereta media.

Pengamal media, Mohsin memberitahu dia dan rakan media lain meletakkan kenderaan di dalam kawasan MAEPS, selepas membayar RM5 untuk masuk ke kawasan itu.

“Penganjur memaklumkan kawasan itu media dibenarkan parkir namun kami terkejut kereta kena tunda dan dikenakan bayaran RM100 seorang oleh MARDI MAEPS Sdn Bhd.

Lagi berita Eksklusif: Najib dimasukkan ke HKL – Sumber

Pengamal media, Mohsin terkejut diberi saman tanpa ada notis kesalahan ketika buat liputan MAHA 2022 di MAEPS Serdang.

“MAEPS adalah kawasan ‘private’ sepatutnya ada papan tanda pemberitahuan tidak boleh parkir kenderaan kerana orang awam atau media tidak tahu.

“Saya hendak tanya adakah mereka ada lesen untuk ‘towing’ kenderaan orang? Kerana lesen ini diberi oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) sahaja,” katanya.

Dalam permerhatian MEDIA VARIASI, turut kelihatan trak penunda mengheret kereta transmisi AWD jenama Honda dan perbuatan menunda kenderaan itu boleh mengakibatkan kerosakan serius pada sistem pacuan roda.

Lagi berita Eksklusif: Najib dimasukkan ke HKL – Sumber

“Kereta saya jenis Suzuki Swift dan seorang lagi Perodua Myvi hilang dari kawasan parkir berkenaan dan diperas ugut kena bayar dahulu baru boleh keluar.

“Penahanan kenderaan adalah tanpa notis, tiada notis kesalahan mereka hanya beri resit bayaran sahaja.

“Mereka larang kami buat rakaman dan katanya hanya terima arahan untuk menarik kenderaan yang salah letak dalam kawasan MAEPS.

“Adakah mereka membuat perancangan awal mengenai ini,” kata Mohsin kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Kegiatan sindiket tunda kereta bermaharajalela di MAHA 2022?

Turut difahamkan, beberapa media daripada Bernama dan TV3 turut disaman selain pengunjung dan pempamer di kawasan sama sejak hari pertama.

Lebih aneh, syarikat yang menjaga tempat letak kereta itu tidak mempamerkan lesen daripada PBT.

Menurut seorang peniaga yang telah menyertai MAHA MAEPS sejak 2008 lagi, inilah kali pertama dia ditunda oleh pihak dalam MAEPS dan disaman operator tempat letak kereta RM100.

Lagi berita Eksklusif: Najib dimasukkan ke HKL – Sumber

“Lebih aneh bayaran saman dimasukkan ke akaun peribadi bukan MARDI MAEPS Sdn Bhd,” katanya.

Tambah seorang pengunjung Burhanudin turut merasa kesal dengan isu tempat letak kereta ini dan kemudahan orang ramai untuk berkunjung.

“Perlu tambah baik isu pengangkutan, jangan susahkan pengunjung terpaksa tunggu lama dengan cuaca amat panas dengan anak kecil lagi untuk masuk,” katanya.

Berita berkaitan: Kegiatan sindiket tunda kereta bermaharajalela di MAHA 2022?

Menjadi persoalan inikah layanan MAEPS untuk media yang cuba membantu mempromosikan program terbesar sejak tahun 1922?

Lagi berita Eksklusif: Najib dimasukkan ke HKL – Sumber

Author

Pilihan Editor