Oleh: FATTAH RAZZAQ
KUALA LUMPUR: Pengarah drama, Michael Ang secara menyindir seseorang namun tidak menyebut nama mana-mana individu.
Tegas penerbit yang berusia 46 tahun, gelaran penyanyi nombor satu negara boleh digunakan sekiranya lagu itu ‘trending’ di stesen radio dan perkhidmatan penstriman muzik.
Hantaran itu dibuat selepas Aliff Syukri mendakwa dirinya penyanyi nombor satu negara selepas video muzik lagu Baby Sayang ‘trending’ nombor satu di YouTube, kelmarin.
“Posting’ ni sekadar info saja ya. Kalau termakan cili awak akan rasa ‘posting’ ni pasal awak okey. So adik adik sila baca betul-betul sebelum mengutuk ya.
“Kalau trending di Spotify ka, di radio ka, Apple Music ka, baru awak penyanyi nombor satu negara ya.
“Sekadar di TikTok, YouTube, Instagram tu untuk dikutuk! Malu dik. Nampak bodoh sangat buat ‘claim’ macam tu,” tulis Michael.
Perkongsian itu turut menarik perhatian rakan selebriti lain untuk memberi komen antaranya adalah Datuk Aaron Aziz dan Sharnaaz Ahmad.
Sebelum ini, pendakwah bebas dan Pencetus Ummah (PU), Syed Mohd Bakri Syed Ishak tampil memberi teguran secara terbuka kepada Aliff Syukri.