HomeBeritaPemenjaraan Najib wujudkan dua naratif

Pemenjaraan Najib wujudkan dua naratif

KUALA LUMPUR: Implikasi pemenjaraan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mewujudkan dua naratif terhadap senario politik negara.

Penganalisis politik, Prof Dr Azmi Hassan berkata, naratif pertama adalah Najib telah diberikan segala proses keadilan daripada awal di Mahkamah Tinggi sehingga ke Mahkamah Persekutuan.

Berita berkaitan: Anak Najib berjanji terus perjuangan demi keadilan

“Dalam satu naratif lagi ruang pembelaan tidak cukup, dikekang dalam mendapat keadilan sepenuh seperti untuk mendapatkan penangguhan ataupun mengemukakan bukti baru ditolak oleh Mahkamah Persekutuan.

“Dalam naratif kedua itu Najib digambarkan sebagai orang yang dianiayai dan mangsa politik, tambahan pula beliau ‘menjadi nyawa’ BN dalam setiap pilihan raya, faktor terbesar kemenangan BN sehingga mengangka,t Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob sebagai Perdana Menteri.

“Sebagaimana semua tahu, tanpa peranan dan sokongan (SD) Najib, pastinya Tan Sri Muhyiddin juga tidak mampu merasai takhta PM sebelum Ismail Sabri.

“Sama ada Najib sedar atau tidak, beliau terbabit dalam sistem yang memusuhinya sehinggalah beliau ditumbangkan selepas apa yang mereka dapat tercapai,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Anak Najib berjanji terus perjuangan demi keadilan

Beliau mengulas ketika ditanya implikasi terhadap perkembangan politik tanah air, keyakinan rakyat terhadap sistem keadilan dan pentadbiran negara.

Tambah beliau, dalam kehidupan sosial orang Melayu, golongan yang dianiayai itu memberi impak yang besar.

“Jika strategi ini digunakan dengan betul maka ia boleh menguatkan akar umbi UMNO tambahan pula ia dilihat tidak mencampuri urusan Perdana Menteri.

“Berbeza dengan pengalaman era 22 bulan Pakatan Harapan yang akan diingati sebagai pencabulan sistem kehakiman skala besar apabila kes rasuah Guan Eng tidak diteruskan dan kes militan LTTE digugurkan.

Berita berkaitan: Anak Najib berjanji terus perjuangan demi keadilan

“Lebih mengejutkan, bekas Peguam Negara Tommy Thomas, melalui penerbitan bukunya bertajuk My Story: Justice in the Wilderness yang telah mendedahkan wujud campur tangan politik dan Tun Dr Mahathir Mohammad ketika era PH masih meninggalkan tanda tanya ramai.

“Pada ketika ini UMNO digambarkan sebagai sebuah parti politik yang menghormati proses undang-undang kerana rakyat menilai pengalaman di bawah dua pucuk pimpinan ini.

Ketika ini isu-isu pendakwaan berprofil tinggi rasuah membabitkan Pengerusi DAP, Lim Guan Eng akan diperhatikan rapat oleh rakyat sama ada ia akan diputuskan secara adil atau sebaliknya.

“Jika keputusannya tidak memihak kepada penilaian rakyat, pasti ada suara yang mengatakan berat sebelah atau pendakwaan terpilih atau sistem sudah dicabuli,” katanya.

Berita berkaitan: Anak Najib berjanji terus perjuangan demi keadilan

Author

Pilihan Editor