HomeSukanPiala Budak Kampung 2022 gilap bakat bola si kaki ayam

Piala Budak Kampung 2022 gilap bakat bola si kaki ayam

SETIA ALAM: Kejohanan Piala Budak Kampung 2022 yang diperkenalkan hari ini bertujuan mencari bakat baharu sebagai pelapis pasukan bola sepak Selangor.

Exco Generasi Muda, Sukan dan Modal Insan Negeri Selangor, Mohd Khairuddin Othman berkata, program itu dilancarkan menerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan.

Mohd Khairuddin

“Tiada kasut, tiada jersi, tiada apa pun boleh main bola sepak.

“Nak coach kita boleh sediakan. Mesejnya semua orang boleh main bola sepak walau tiada apa-apa.

“Sebab itu namanya Piala Budak Kampung, nama mudah dan santai untuk diingati bukan sasar kepada elit dan profesional.

“Untuk program ini diperuntukkan RM200,000 dan hujung tahun ini akan ada program sebegini di luar bandar untuk lihat pattern penyertaan,” katanya pada program Kejohanan Piala Budak Kampung 2022 di Eco Ardence Football Arena, Setia Alam.

Ketika ditanya adakah dunia sukan negari kekurangan pelapis masa depan, katanya program sedemikian adalah usaha untuk mencari pelapis.

Dua kategori dipertandingkan iaitu bola sepak tujuh tahun sebelah bawah 17 tahun dan bola jaring tiga lawan tiga terbuka.

Author

Pilihan Editor