HomeBeritaPKR Parlimen Wangsa Maju peruntuk 200 komputer riba

PKR Parlimen Wangsa Maju peruntuk 200 komputer riba

KUALA LUMPUR: Seramai 200 penerima komputer riba di Parlimen Wangsa Maju boleh menarik nafas lega apabila gajet berkenaan dapat digunakan dalam urusan kolej dan universiti masing-masing menjelang Oktober depan.

Ia berikutan, kesemua pemohon komputer riba berkenaan sudah diterima dan dikenal pasti layak berdasarkan kriteria diperlukan.

Antaranya, pengundi Wangsa Maju berumur 17 hingga 24 tahun, satu komputer riba satu keluarga, pendapatan isi rumah, bilangan tanggungan adik-beradik, tempat belajar dan bilangan komputer riba di rumah.

Kesemua komputer riba berkenaan adalah di bawah peruntukan program Bantuan Laptop Percuma Parlimen Wangsa Maju bermula 23 Jun dan berakhir pada 15 Julai lalu.

Naib Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Andre Ch Lai berkata, kesemua permohonan terbabit adalah keluarga B40 pendapatan bawah RM5,000 seisi rumah.

“Sasaran kami, komputer riba ini dapat diedarkan pada bulan ini sama ada pada pertengahan atau hujung Ogos bergantung kepada proses ICU.

“Biarpun penapisan agak panjang, kami harus melakukan sedemikian bagi memastikan setiap sen digunakan untuk bantuan ini sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukan,” katanya.

Beliau berkata demikan mewakili Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datin Paduka Dr Tan Yee Kew pada sidang media di Pusat Khidmat Ahli Parlimen PKR Wangsa Maju, di sini.

Author

Pilihan Editor