HomeGaya HidupRM35,000 menanti peserta basikal lipat terbesar LIFBC 2022 

RM35,000 menanti peserta basikal lipat terbesar LIFBC 2022 

KUALA LUMPUR: Hadiah bernilai RM35,000 menanti peserta aktiviti basikal lipat terbesar di Malaysia atau Folding Bike Challenge (LIFBC) 2022  akan diadakan di Langkawi pada 16 hingga 18 September nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif LTA Event Management, Zainudin Kadir berkata, acara ini mendapat sokongan padu daripada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Tourism Malaysia dan LADA.

“Kita menjangkakan lebih 1,500 penyertaan dalam acara ini dari dalam negara dan juga dari luar negara seperti Thailand, Indonesia dan Singapura.

“Menerusi penyertaan mereka tiga hari dua malam, Langkawi bakal memperoleh pendapatan lebih RM2 juta dan lebih RM1 juta untuk perniagaan makanan.

“Ini data holistik dan berkolaborasi dengan Jabatan Perangkaan Malaysia. Duty free dapat hasilnya, pengangkutan air, udara, darat akan dapat nikmatnya, bermakna lebih RM12 juta orang Langkawi akan dapat nikmatnya,” katanya pada sidang media di Matic, Jalan Ampang di sini.

Tambah Zainudin, menariknya peserta tak perlu bersusah payah membawa basikal kerana ada basikal yang dijual pada harga berpatutan dan ada diskaun.

“Festival tiga hari ini membabitkan aktiviti seperti Fun Ride 30KM, Endurance 65KM, pameran serta jualan. Hadiah bernilai lebih RM35,000 serta pelbagai hadiah cabutan bertuah menanti peserta.

“Sambutan yang menggalakkan daripada peserta tempatan dan antarabangsa ini membuktikan bahawa aktiviti basikal lipat ini berjaya menyemarakkan lagi sektor pelancongan di Langkawi selepas lebih dua tahun lumpuh akibat pendemik COVID-19.

“Setiap peserta akan mendapat baju jersey eksklusif LIFBC, Pingat LIFBC, Sijil Penyertaan dan goodies bag. Selain berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah yang menarik, peserta juga dapat menghayati keindahan destinasi pelancongan popular di sepanjang laluan program ini diadakan seperti di Pantai Cenang dan sekitarnya,” kata Zainuddin.

Selain daripada itu beberapa lagi acara pelancongan bertaraf antarabangsa akan turut mengisi kalender pelancongan Langkawi sehingga penghujung tahun 2022 ini. Antaranya adalah Langkawi International Classic Car Show.

Penyertaan masih lagi terbuka dan untuk maklumat lanjut dan pendaftaran sila hubungi +0195553716 atau 019-2883716.

Author

Pilihan Editor