HomeSukanSenarai lengkap 32 pasukan Liga Juara-Juara dan pembahagian pot

Senarai lengkap 32 pasukan Liga Juara-Juara dan pembahagian pot

Oleh: WAHYUDIN AL-BALINGI

LENGKAP sudah senarai 32 pasukan yang menyertai kejohanan Liga Juara-Juara Eropah musim 2022/2023 termasuk pembahagian pot untuk undian.

Perlawanan playoff juga telah selesai awal pagi Khamis tadi. Tiga kelab, Rangers FC, Copenhagen FC, dan Dinamo Zagreb muncul pasukan terkini yang meraih tiket ke pusingan peringkat kumpulan.

Rangers FC mara setelah membenam PSV Eindhoven dengan agregat 3-2, Copenhagen FC pula merakam kemenangan ke atas Trabzonspor (2-1), dan Dinamo Zagreb meraih tiket dengan mengalahkan Bodo/Gilmit agregat 4-2.

Di pot 1 terdapat enam juara dari liga teratas berdasarkan ketetapan UEFA 2021: Manchester City, AC Milan, Bayern Munich, Paris Saint-Germain, FC Porto, Ajax, dan Real Madrid adalah juara bertahan dan pemenang gelaran LaLiga. Satu lagi kelab hadir dari juara Liga Europa musim lalu, iaitu Eintracht Frankfurt.

Pot kedua diisi oleh Liverpool, Chelsea, Barcelona, Juventus, Sevilla, RB Leipzig, Tottenham Hotspur. Melihat nama-nama kelab tersebut, sudah tentu ini adalah pot yang paling digeruni oleh peserta di pot 1.

Inter Milan terpaksa berpuas hati berada di pot ketiga apabila musim lalu ada di pot 1 dengan status juara Liga Itali. Napoli menjadi wakil Itali lainnya yang berada di pot ini.

Tersingkirnya Trabzonspor menjadikan saingan Liga Juara-Juara musim ini tanpa wakil Turkiye, setelah sebelumnya Fenerbahce ditendang keluar seawal di pusingan kedua.

Ia tentu perkara yang dikesalkan kerana aksi final kelak berlangsung di Stadium Ataturk Olympic, Istanbul, Turki, 10 Jun 2023.

Undian dijadual diadakan di Istanbul, Khamis malam ini.

Pot 1:

Real Madrid (Sepanyol)
Eintracht Frankfurt (Jerman)
Manchester City (England)
AC Milan (Itali)
Bayern Munich (Jerman)
Paris Saint-Germain (Perancis)
Porto (Portugal)
Ajax (Belanda)

Pot 2:

Liverpool (England)
Chelsea (England)
Barcelona (Sepanyol)
Juventus (Itali)
Atletico Madrid (Sepanyol)
Sevilla (Sepanyol)
RB Leipzig (Jerman)
Tottenham Hotspur (England)

Pot 3:

Borussia Dortmund (Jerman)
RB Salzburg (Austria)
Shakhtar Donetsk (Ukraine)
Inter (Itali)
Napoli (Itali)
Sporting CP (Portugal)
Benfica (Portugal)
Bayer Leverkusen (Jerman)

Pot 4:

Rangers FC (Scotland)
Dinamo Zagreb (Croatia)
Marseille (Perancis)
Copenhagen FC (Denmark)
Club Brugge (Belgium)
Celtic (Scotland)
Viktoria Plzen (Republik Czech)
Maccabi Haifa

Author

Pilihan Editor