HomeMV+BongkarSkandal syarikat dengan jualan cecah RM1 juta dapat sewa murah di TPM

Skandal syarikat dengan jualan cecah RM1 juta dapat sewa murah di TPM

KUALA LUMPUR: Kisah sebuah syarikat yang menjana jualan mencecah RM1 juta pada hujung tahun 2020 tapi mendapat keistimewaan kadar sewaan yang amat rendah di Technology Park Malaysia (TPM) sudah menjadi buah mulut warga TPM.

Berita berkaitan: Isu sewa murah: TPM sahkan syarikat terima sewa bulanan murah

Syarikat terbabit dipercayai mendapat keistimewaan menyewa secara percuma pada sembilan bulan pertama kerana mempunyai hubungan dengan pegawai atasan TPM.

MEDIA VARIASI mendapat maklumat eksklusif berhubung salah laku pegawai di badan berkanun berkenaan yang diletakkan di bawah Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Sains, Tenaga dan Inovasi (MOSTI).

Beberapa sumber memberitahu MEDIA VARIASI ia menjadi persoalan di kalangan warga TPM kerana dokumen perjanjian penyewaan itu dipercayai disediakan sendiri oleh pegawai berkenaan.

Berita berkaitan: Isu sewa murah: TPM sahkan syarikat terima sewa bulanan murah

“Ada tanda tangan beliau dan antara perjanjian mereka adalah sewa percuma bagi sembilan bulan pertama, tahun kedua 50 sen kaki persegi sebulan dan tahun ketiga 70 sen kaki persegi sebulan.

“Anehnya dokumen perjanjian diprosesnya sendiri. Board of Director hanya tahu selepas proses perjanjian ditandatangani dan berjalan sejak Disember lalu.”

“Berbeza dengan syarikat lain dikenakan sewa bulanan RM2.50 sen sekaki persegi daripada bulan pertama kemasukan. Isu ini menjadi tanda tanya di kalangan warga TPM,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Berita berkaitan: Isu sewa murah: TPM sahkan syarikat terima sewa bulanan murah

Dalam pada itu, tambah sumber berkenaan sewa yang sepatutnya dikenakan terhadap syarikat berkenaan adalah RM10,000 sebulan bagi keluasan premis lebih 5,000 kaki persegi ataupun kira-kira RM120,000 setahun.

“Duit sewa sebagaimana yang dikenakan beratus syarikat lain di TPM sepatutnya akan menjana pendapatan Mranti dan TPM di bawah MOF dan MOSTI.

“Kenapa sewa serendah itu? Apa istimewanya mereka? Mereka bukan sebuah syarikat startup.

“Mereka sudah sembilan tahun menjalankan operasi teknologi pertanian dan mengikut laporan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, jualan syarikat berkenaan pada hujung tahun 2020 adalah mencecah RM1 juta.

“Ia tidak adil kerana beratus syarikat lain di TPM kena bayar sewa puluh ribu sebulan tetapi yang ini dapat keistimewaan pula.”

“Duit sewa yang sepatutnya dipulangkan kepada kerajaan semula tetapi tidak kerana perlakuan sebegini,” katanya.

Berita berkaitan: Isu sewa murah: TPM sahkan syarikat terima sewa bulanan murah

Sementara itu, sumber berkenaan memberitahu isu ini sudah dibawa ke pengetahuan Pejabat Menteri berkenaan dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Mengikut rekod sebelum ini, hubungan pegawai berkenaan dan syarikat tersebut bermula di MaGIC sebelum ditukar ke nama Mranti,” katanya.

Berita berkaitan: Isu sewa murah: TPM sahkan syarikat terima sewa bulanan murah

Author

Pilihan Editor