HomeMV+EksklusifIsu sewa murah: TPM sahkan syarikat terima sewa bulanan murah

Isu sewa murah: TPM sahkan syarikat terima sewa bulanan murah

PUCHONG: Sebelum ini kecoh mengenai sebuah syarikat teknologi pertanian di Technology Park Malaysia (TPM) mendapat keistimewaan dengan harga sewa bulanan yang rendah.

Lagi berita Eksklusif: Isu calon PhD: Rakyat Yaman buat demonstrasi tuntut campur tangan kerajaan

Syarikat Boomgrow Sdn Bhd (Boomgrow) dikecualikan sewa selama sembilan bulan pertama percuma manakala bulan seterusnya dengan sewaan yang lebih murah berbanding syarikat lain.

Ketua Pegawai Eksekutif TPM, Dzuleira Abu Bakar mengesahkan perkara itu berlaku.

“Kalau tengok kandungan (artikel) itu, adalah keputusan bisnes dan kita mengikut prosedur yang sah.

“Mengenai penyewaan, perniagaan, kita mengikut proses dan proses kami telus sebab kami (Boomgrow) di bawah kementerian-kementerian (MOSTI dan MOF), proses itu memang kami patuhi.

“Maknanya, proses itu telah dilalui sehingga ke pihak lembaga pengarah, jadi tidak ada masalah sama ada isu tidak mematuhi serta langgar syarat atau operasi syarikat,” katanya.

Lagi berita Eksklusif: Isu calon PhD: Rakyat Yaman buat demonstrasi tuntut campur tangan kerajaan

Beliau berkata demikian ketika ditemui MEDIA VARIASI pada Majlis Pelancaran Hab Teknologi Kesihatan Sandbox Teknologi dan Inovasi Nasional (NTIS) di sini.

Turut hadir, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba dan Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar.

Beliau bagaimanapun, tidak mengulas ketika ditanya dakwaan sama ada kadar sewaan rendah syarikat itu menjejaskan pembangunan MRANTI dan TPM.

Lagi berita Eksklusif: Isu calon PhD: Rakyat Yaman buat demonstrasi tuntut campur tangan kerajaan

MEDIA VARIASI sebelum ini melaporkan secara eksklusif, sebuah syarikat yang menjana jualan mencecah RM1 juta pada hujung tahun 2020 mendapat keistimewaan kadar sewaan yang rendah di TPM menjadi buah mulut warga TPM.

Syarikat terbabit dipercayai mendapat keistimewaan menyewa secara percuma pada sembilan bulan pertama kerana mempunyai hubungan dengan pegawai atasan TPM.

Difahamkan, kadar sewa sebagaimana yang dikenakan beratus syarikat lain di TPM sepatutnya akan menjana pendapatan MRANTI dan TPM di bawah MOF dan MOSTI.

Lagi berita Eksklusif: Isu calon PhD: Rakyat Yaman buat demonstrasi tuntut campur tangan kerajaan

Perkara itu dipercayai sudah dibawa ke pengetahuan Pejabat Menteri berkenaan dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Boomgrow pernah beroperasi di MaGIC sebelum ditukar ke nama MRANTI.

Author

Pilihan Editor