HomeBeritaViralSuara Ryan Bakery berkumandang di persada antarabangsa

Suara Ryan Bakery berkumandang di persada antarabangsa

Oleh: SITI NS

RYAN Bakery, satu nama yang semakin dikenali ramai lagi-lagi selepas muncul di satu program hiburan. Ryan yang selama ini terkenal dengan lawak zaman sekolah nampaknya makin terkenal dan namanya sentiasa di bibir ramai sehingga kini dan masih menjadi sebutan serta meraih lebih 2.9 juta pengikut di media sosialnya.

Tular pula baru-baru ini, di aplikasi TikTok memaparkan video kelab bola sepak gergasi Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United, berkongsi semula detik indah mereka berjaya membolosi gawang Liverpool menerusi sepakan Jadon Sancho seawal minit ke-16 dalam perlawanan menentang Liverpool yang menggunakan suara latar Ryan.

Tinjauan di ruangan komen video tersebut dibanjiri dengan pelbagai reaksi netizen dari Malaysia yang turut teruja apabila mendengar suara ‘influencer’ itu di TikTok rasmi MU yang mempunyai 16.7 juta pengikut.

“Jauh mat suara dia pergi”

“Ryan Bakery dah level2 international”

“Walaupun saya fans Liverpool tapi disebabkan Ryan Bakery, saya sokong”

“ni Tiktok MU cawangan Malaysia ke ni?”

Begitulah antara komen netizen yang berada di ruangan komen video yang meletup dek kerana Ryan itu.

Adakah Ryan bakal menjadi terkenal di luar negara pula selepas ini? Siapa tahu mungkin ianya satu kemungkinan di masa hadapan.

Author

Pilihan Editor