HomeBeritaTaktik 'bunuh' karektor sebelum PRU sudah lapuk - Yusuf Azmi

Taktik ‘bunuh’ karektor sebelum PRU sudah lapuk – Yusuf Azmi

KUALA LUMPUR: Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia (PPSM), Yusuf Azmi berpandangan taktik ‘pembunuhan’ karektor oleh orang politik menjelang pilihan raya umum (PRU) tidak lagi relevan.

Yusuf berpendapat, rakyat kini sudah bijak membuat penilaian jika apa yang berlaku terhadap mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebagai satu hukuman politik.

“Saya bukan orang politik tetapi saya tidak mahu lihat wujud unsur kezaliman melampaui batas dan penganiayaan.

“Apa pun hukuman sudah dibuat, kita harap ia bukan tekanan kumpulan parti jika tidak ia satu kezaliman dan penganiayaan.

“Jika dia bersalah, ye dia perlu dihukum tidak kira dia PM atau TPM tetapi kita kena lihat juga imej negara kita, sudah ada dua nama besar bekas PM dan bekas TPM Datuk Seri Anwar Ibrahim, jadi ia memalukan negara kita jika ia ‘political way’ saya harap ia tidak begitu.

“Kita harap apabila PRU nak dekat, jangan jahanamkan seseorang dengan cara kotor.

“Sebab saya nampak modul agenda politik sebenarnya jatuh menjatuhkan sudah tidak relevan,” katanya kepada MEDIA VARIASI.

Tambah beliau ketika mengulas isu pemenjaraan Najib, kalau orang politik mahukan kemenangan, bawalah isu yang relevan seperti berusaha ubah kadar kemiskinan, selesaikan isu kenaikan harga barang mendadak tetapi jika masih meneruskan agenda kemenangan untuk kepentingan parti tertentu, nasib rakyat tidak terbela.

“Sebagai rakyat kita mesti mahukan keadilan kepada negara kita, jika Najib salah, kita sokong hukuman sebegitu tetapi perlu juga ada budi bicara jasanya sebagai PM yang pernah berjuang untuk rakyat.

“Allah tidak suka hambaNya mengambil alih tugasNya menjatuhkan hukuman lebih daripada dosanya seolah-olah hamba yang meletakkan hukuman,” katanya.

Author

Pilihan Editor