HomeHiburanMat Kilau bakal muncul di Netflix

Mat Kilau bakal muncul di Netflix

Oleh: SITI NS

FILEM kepahlawanan Melayu, Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan arahan Syamsul Yusof yang berjaya mencatatkan rekod tontonan dan kutipan tertinggi di Malaysia baru-baru ini dan sudah meraih kutipan jutaan ringgit.

Kerana sambutannya yang amat memberangsangkan, kini filem Mat Kilau akan memasuki platform penstriman popular, Netflix September akan datang.

Ini berita baik buat mereka yang masih tidak berpeluang menonton filem gergasi ini lagi. Semestinya rakyat Malaysia berasa teruja dengan perkhabaran ini dan dijangka bakal menjadi filem pertama di dalam ranking filem yang patut ditonton di Netflix.

Pastinya yang amat meminati filem ini akan menonton berulang-ulang kali sambil meluangkan masa bersama keluarga tercinta lebih-lebih lagi dengan anak-anak bagi mengajar si kecil erti kepahlawanan melayu masa dahulu.

Nantikan kemunculannya di Netflix 16 September ini. Selamat menonton!

Author

Pilihan Editor